12
Sel, Nov
1 ARTIKEL BARU

Sultan Tangguh Perletakan Jawatan Sehingga MB Baru Dilantik

Krisis MB Selangor
Typography
sultan selangor muSHAH ALAM: Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan letak jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Menurutnya, Baginda menangguhkan sehingga perlantikkan MB Selangor yang baru ditentukan. Ini untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri Selangor berjalan dengan lancar dan teratur. Sultan Selangor telah menerima menghadap Khalid pada hari ini untuk menyembah maklum bahawa beliau memohon perkenan Baginda untuk meletak jawatan sebagai MB. “Sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perkara LI (1), Perkara L111 (2) (A), (4) dan LV (2) (a) Undang-undang Rubuh Kerajaan Selangor 1959, Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang MB bagi kerajaan negeri Selangor yang pada pendapat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan. Sultan Selangor juga telah menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripda dua nama daripada parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon MB Selangor. “Ini bagi memudahkan Sultan untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai MB. “Ini adalah sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan MB Selangor sebelum ini,” jelasnya.