06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

Krisis #MBSelangor : Kalau Anwar Boleh Tangguh, Khalid Pun Boleh la!

Krisis MB Selangor
Typography

Capture Satu keputusan yang tidak diduga oleh Anwar Ibrahim adalah keputusan yang diambil oleh Sultan Selangor dengan menangguhkan perletakan jawatan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Strategi Anwar Ibrahim yang sering kali menangguhkan perbicaraan kes liwatnya kini berbalik kepada beliau kembali.

Isterinya masih belum boleh menjadi Menteri Besar Selangor lagi!

Khalid yang jelas ceria selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor masih lagi kekal sebagai Menteri Besar Selangor buat masa ini sehingga proses pemilihan Menteri Besar yang baru selesai. Tuanku Sultan juga tidak memberikan tarikh dan masa bilakah akan selesainya proses tersebut.

[caption id="attachment_17517" align="alignleft" width="300"]10387296_10152647833433901_589987691418524654_n Klik untuk paparan lebih besar[/caption]

Kiranya Anwar Ibrahim tidaklah terlalu dangkal untuk mengetahui bahawa Tuanku Sultan secara jelas tidak suka calon Menteri Besar Selangor yang PKR calonkan. Malah, Sultan meminta setiap daripada 3 parti Pakatan Rakyat iaitu DAP, PAS, dan PKR untuk menamakan 2 calon dari setiap parti untuk Tuanku berikan penilaian.

Secara terang dan jelas Tuanku Sultan menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebelum ini Sultan juga telah bertitah bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim tidak perlu untuk meletakkan jawatan dan tunggu untuk sidang DUN Selangor pada bulan November kelak.

Namun, keesokkan harinya itu, Wan Azizah bersama 29 ADUN PKR, DAP dan 2 orang ADUN PAS berkumpul untuk menunjukkan bahawa dia mempunyai kelebihan majoriti! Sudah tentu strategi yang diatur Anwar Ibrahim ini tidak menghormati titah tersebut dan mendesak Sultan untuk memilih calon tunggal Pakatan Rakyat, Wan Azizah.

Anwar Ibrahim ketika ini sangat yakin Wan Azizah bakal menjadi Menteri Besar Selangor.

Malangnya, ketika itu Tuanku Sultan tidak berada di dalam negara bagi menerima perakuan tersebut.

Dan lebih menyulitkan strategi Anwar Ibrahim ini apabila 2 hari lepas, PAS pula membuat 'u-turn' yang kedua dengan tidak lagi menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor dan memilih jalan selamat dengan menyokong apa sahaja keputusan Tuanku Sultan.

Walauapa pun, drama 'bersiri' yang kononnya ciptaan Rafizi Ramli ini masih mempunyai beberapa kejutan yang bakal menanti.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Siapakan 2 nama yang bakal dicadangkan oleh PAS?

2. Siapakah pula nama calon kedua oleh PKR?

3. Apakah tindakan Anwar Ibrahim sementara menunggu Tuanku Sultan membuat keputusan?

4. Apakah pula yang Tan Sri Khalid Ibrahim akan lakukan sementara masih mempunyai kuasa?

5. Siapakah pilihan Tuanku Sultan? dan;

6. Adakah sempat Anwar Ibrahim 'memasang' isterinya sebagai Menteri Besar Selangor sebelum beliau dipenjarakkan?

Apa pula komen anda?