06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

Khalid Tubuh Parti Baru?

Krisis MB Selangor
Typography
image KUALA LUMPUR: Mungkinkah Menteri Besar Selangor akan menubuhkan kerajaaan campuran bersama Barisan Nasional di selangor ? ataupun beliau bercadang menubuhkan sebuah parti yang mewakili semua kaum untuk menyelamatkan kedudukanya? Itulah antara spkekulasi kuat kedengaran sejak kebelakangan ini walaupun beliau telah mengumumkan peletakan jawatanya selasa lepas. Berdasarkan laporan yang diterima, Khalid Ibrahim masih berpeluang untuk mempertahankan kedudukanya sebagai Menteri Besar sekiranya parti sekutu Pakatan tidak mencapai satu kata putus yang kuat dalam menangani dilema tersebut. Menurut seorang Penganalis Politik Khalid Ibrahim tidak akan menubuhkan sebuah kerajaan campuran bagi mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor . Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata , Khalid Ibrahim tidak akan bertindak sedemikian kerana beliau gagal mendapat undi majoriti. Pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata demikian ketika ditanya mengenai desas desus yang menyatakan Khalid Ibrahim akan menubuhkan sebuah kerajaan campuran dimana ahlinya terdiri daripada Exco Selangor yang setia menyokongnya. Khabar angin juga semakin kuat berterbangan bahawa Khalid Ibrahim akan menubuhkan sebuah parti baru yang mempunyai hubungan baik dengan Barisan Nasional (BN) ataupun satu kuasa ketiga di negeri Selangor . Hubungan tersebut dikatakan terhasil semasa Khalid Ibrahim masih lagi memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangorketika membuat perjanjian dengan kerajaan persekutuan bagi projek air di negeri itu. Tindakan tersebut bukan sahaja menjejaskan hubungan Khalid Ibrahim dengan rakan dari parti PKR malah turut dikecam oleh DAP dan PAS. Oleh itu, PKR membuat keputusan untuk menurunkan Khalid Ibrahim dari jawatannya itu dan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah bagi memerintah negeri Selangor. Dari situ juga kita dapat lihat dimana mulanya berlaku perpecahan dalam parti komponen Pakatan kerana ada pihak yang menyokong Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar da nada juga yang berpendapat supaya beliau turun daripada memerintah Selangor. Walaubagaimanapun Dr Azizudin menegaskan bahawa Khalid Ibrahim ada potensi untuk kekalkan jawatannya itu sekiranya ada Exco dari Pakatan Rakyat (PR) yang menarik semula sokongan terhadap Dr Wan Azizah. “Jika Khalid Ibrahim berjaya memujuk Exco yang menyokong Dr Wan Azizah untuk menyokongnya semula, saya lihat akan ada potensi kerajaan campuran itu ditubuhkan,” jelas pensyarah itu. Isteri kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mendapat undi majoriti setelah dua Exco PAS menyatakan sokongan terhadap beliau. Meskipun mengikut perlembagaan Dr Wan Azizah sudah memenuhi syarat bagi menggantikan Khalid Ibrahim tetapi Sultan Selangor telah menitahkan supaya PR menamakan lebih daripada dua nama.