06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

Video: Harun Din Tidak Sokong Azizah Jadi MB Selangor

Krisis MB Selangor
Typography
  http://www.youtube.com/watch?v=bBm_mBvQGMg BANGI 7 Sept - Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail disifatkan tidak layak untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor jika dilihat dari segi latar belakangnya oleh Majlis Syura Ulamak PAS. Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din berkata, Majlis Syura Ulamak PAS turut menyokong penuh kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kelayakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. "Itulah penilaian dan pandangan (yang dibuat) Majlis Syura sebelum ini. "Kalau dia (Wan Azizah) cukup kelayakan sudah tentulah dari awal lagi Majlis Syura sokong tanpa sebarang masalah,"katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan forum perdana yang membariskan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, MP Temerloh Nasruddin Hassan, dan Ketua Dewan Ulama Wilayah Persekutuan Ustaz Riduan Md Nor di perkarangan Dataran Surau An Nur Seksyen 3 Bangi. Mengikut jadual asalnya, beliau bersama Abdul Hadi sepatutnya berucap dalam acara tersebut, namun atas sebab yang tidak diketahui kedua-duanya tidak berucap. Mengulas lanjut mengenai penolakan terhadap Wan Azizah, kata Harun dalam Islam memanglah bukan gender itu menjadi halangan tetapi kemampuan memikul amanah. "Islam melihat amanah orang.. dari fizikalnya mampu, berpengalaman dan sejarah latar belakang. "Itu dilihat apa yang diputuskan Majlis Syura dan melihat ada orang lain lebih baik daripada Wan Azizah," katanya. Bagaimanapun, PAS meletakkan pemilihan pada perkenan Sultan Selangor pada akhirnya termasuk jika baginda memilih Wan Azizah. "Sultan lihat Wan Azizah boleh, dia lantik kalau tidak dia akan ambil orang lain," katanya. Kelmarin Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  dalam satu majlis di Marang telah menegaskan seorang menteri besar seharusnya memenuhi kriteria tertentu dan berkelayakan untuk memegang jawatan seumpama itu. Penolakan tersebut bukan disebabkan isu jantina, tetapi disebabkan kebolehan beliau untuk memimpin.