06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

UUTNS Diperuntukkan Melindungi Rakyat Daripada Kerakusan Politikus

Krisis MB Selangor
Typography
Pakatan pembangkang perlu mengambil kira dan menghormati adat dan adab Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor (UUTNS), namun jika melihat kepada gelagat mereka menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor. Pergolakan perlantikan Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim, membuka satu lembaran baru dalam memperlihatkan bagaimana undang-undang sedia ada yang di peruntukan untuk Sultan Selangor sebenarnya merupakan sebuah bentuk perundangan yang 'melindungi' rakyat jelata daripada kerakusan para politikus yang ' menyalahgunakan ' pengaruh politik mereka demi survival politik mereka yang kian suram. Perkara 51 UUTNS telah dinyatakan syarat-syarat untuk seseorang itu layak untuk menjadi Menteri Besar di Negeri Selangor telah dinyatakan dengan jelas. Perkara 51 UUTNS menyatakan bahawa hanya Yang Amat Mulia Paduka Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. Perkara 51 (2) pula menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan beragama Islam. Menurut pakar undang-undang Selangor, Datuk Salehuddin Saidin, pelantikan seorang Menteri Besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. Katanya menurut Perkara 53 (2) (a) undang-undang itu, baginda boleh melantik seorang anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti anggota DUN, selaku menteri besar. Di bawah Perkara 55 (2) (a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang menteri besar, katanya. Namun apa yang menarik di dalam UUTNS ialah perenggan dibawah Perkara 53 (3) dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara “naturalisasi” dan juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia. Naturalisasi berlaku samada dengan tindakan ataupun dengan tiada tindakan. Contohnya apa yang berlaku di Soviet Union (USSR) yang merupakan satu empayar besar sebelum berakhirnya Perang Dingin. Seorang rakyat Soviet Union yang lahir di Uzbekistan tetapi setelah USSR berpecah individu tersebut menetap di Turkemenistan. Maka dia telah " di neutralisasikan" di Turkemenistan yang merdeka dan menjadi rakyat di sana. Orang ini dikira sebagai warganegara yang telah "di neutralisasi”. Perkara yang samajuga telah berlaku di Persekutuan Tanah Melayu apabila 'perpecahan' dan berlaku sebelum dan selepas pembentukkan Malaysia. Kita semua tahu bahawa Brunei dan Singapura adalah kedua-duanya pernah atau ingin menganggotai Persekutuan Malaysia. Sekiranya rakyat yang lahir di negara-negara tersebut ingin menjadi warganegara Malaysia, mereka akan melalui satu proses Naturalisasi yang membenarkan mereka untuk menjadi warga Malaysia yang sah. Jabatan Pendaftaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa warganegara yang yang datang dari proses seperti ini ditandakan sebagai nombor 71 di dalam kad pengenalan mereka. Berbalik kepada isu diatas, “calon Menteri Besar” yang di calonkan ini mempunyai nombor 71 tertera di dalam kad pengenalan, dan merupakan "produk" naturalisasi kewargaan negara. Memandangkan sudah jelas lagikan bersuluh, bahawa perlantikkan Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Yang Amat Mulia Sultan Selangor. Maka, apakah " keuntungan" PKR dan DAP terus berdegil melanggar UUTNS, serta mengundang murka Sultan kerana ingkar akan titah baginda? Sedangkan titah baginda itu adalah bagi memastikan rakyat Selangor tidak menjadi "bahan eksperimen" pihak-pihak tertentu yang sengaja mencari pasal di bumi Selangor.