22
Isn, Jul
0 ARTIKEL BARU

GEORGE TOWN : Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang berjalan lancar sedikit tercemar apabila calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan bertengkar dengan sekumpulan penyokong parti yang bertanding.Kekecohan yang berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi di Dewan Sri Pinang itu berlaku apabila ada dalam kalangan penyokong beragama Hindu terdengar peguam itu menyebut perkataan 'paria'. Difahamkan,perkataan itu merujuk kepada pengerusi Bersih,Datuk S. Ambiga yang banyak menggunakan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.Berikutan itu,sekumpulan lelaki yang terdengar perkataan sensitif itu bersemuka dengan calon berusia 46 tahun berkenaan dan menuntut Abu Backer memohon maaf secara terbuka. Beliau bagaimanapun enggan berbuat demikian dan bersedia untuk berdepan sebarang tindakan.Selepas kira-kira 15 minit, insiden itu berakhir tanpa sebarang penyelesaian. Pertandingan empat penjuru itu akan menyaksikan Abu Backer dicabar oleh Ramkarpal Singh (DAP), Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan ahli PAS Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar yang bertanding atas tiket Bebas.Abu Backer menyerahkan borang
Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : Kerana 'Paria' Proses Penamaan Sedikit Kecoh

IMG-20140512-WA0006Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gelugur secara rasminya akan bermula hari ini. Penamaan calon akan diadakan sebentar tadi bertempat di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang yang juga akan menjadi tempat perjumlahan undi. MCA telah pun mengumumkan tidak akan bertanding pada PRK kali ini dan keputusan tersebut dihormati oleh semua parti kompenen BN termasuk UMNO. Manakala DAP telah menamakan Ram Karpal a/l Karpal Singh sebagai calon. PRK kali ini turut menarik minat calon-calon bebas
Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : Proses Penamaan Calon Selesai, 4 Calon Diumumkan Bertanding

KUALA LUMPUR : Pusat media PRK Parlimen Bukit Gelugor kelolaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mula beroperasi hari ini. Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Penyelarasan Media) KKMM, Suwadi Guliling berkata, pusat yang ditempatkan di Bangunan Mara, Pengkalan Weld itu akan melaksanakan fungsi perhubungan serta menyediakan kemudahan kepada petugas media yang membuat liputan sepanjang PRK. "Kami juga akan menubuhkan kumpulan Whatsapp khas untuk petugas yang mendaftar di pusat media

Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : Pusat Media KKMM Beroperasi Hari Ini

ramNepotisme dalam DAP diteruskan di Bukit Gelugor. Teka-teki mengenai pemilihan Ramkarpal Singh untuk mempertahankan kerusi Parlimen DAP Bukit Gelugor terjawab hari ini apabila anak lelaki mendiang Karpal Singh itu diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil (PRK) kerusi tersebut pada 25 Mei ini. Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di pusat operasi Bukit Gelugor parti itu di Jalan Greenland hari ini. Perkara ini terbukti apabila jawatan di dalam
Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : Nepotisme Dalam DAP Diteruskan

mat-sabuPas mengisytiharkan sokongannya terhadap Ramkarpal Singh sebagai calon DAP pada PRK Parlimen Bukit Gelugor yang dijadual berlangsung pada 25 Mei ini. Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, partinya menganggap calon DAP itu sebagai wakilnya sendiri dan akan memberi sokongan padu kepada anak ketiga mendiang bekas Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh itu. “Kita beri sokongan penuh dan malam esok (hari ini), kita akan lancarkan jentera pilihan raya Pas untuk membantu DAP dalam PRK Bukit
Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : Ram Karpal Umpama Pejuang PAS - Mat Sabu