12
Sel, Nov
1 ARTIKEL BARU

GEORGE TOWN: Pentas kempen Pakatan Pembangkang bagaikan tersasar apabila kepemimpinan pembangkang menggunakannya untuk menyerang Barisan Nasional (BN) dan Umno yang pada realitinya tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor. PRK yang akan berlangsung Ahad ini menyaksikan DAP bukan dicabar BN, sebaliknya Parti Cinta Malaysia serta dua calon Bebas. Tambah menarik apabila ceramah pada malam Khamis itu dihangatkan lagi dengan kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang membuat penampilan istimewa ketika kempen berbaki dua hari lagi. Selepas berpuluh tahun bersama perjuangan BN dan Umno, Muhammad yang juga bekas Naib Presiden Umno ketika berucap mendakwa tidak mahu sebarang jawatan, sebaliknya menyertai pembangkang untuk mengetengahkan sisi negatif kem lamanya itu. Beliau juga mendakwa, berdasarkan trend politik masa kini dengan kehadiran pembangkang di Johor misalnya, Pakatan Rakyat akan membawa perubahan dalam tempoh empat tahun menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14. "Kita dapat lihat di Johor, dahulunya ketika zaman saya, tiada pembangkang tetapi sekarang Pakatan Rakyat menang 18 kerusi. "Di Selangor, semasa saya jadi MB, hanya ada dua

Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : Muhammad Taib 'Serang' BN

10273425_507125609388529_1376018489098467977_nGEORGE TOWN 20 Mei - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan mendakwa telah dilanggar kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Ianya berikutan tindakan calon bebas itu menahan kereta Mercedes tersebut setelah menunggu pada tempoh masa yang agak lama untuk menemui Setiausaha Agung DAP itu. 10301069_507125649388525_7771294824389612153_n Abu Backer mendakwa telah mengalami kesakitan di bahagian rusuk kanannya akibat kemalangan
Baca Selanjutnya: Calon Bebas PRK Bukit Gelugor Dilanggar Dihadapan Pejabat DUN Pulau Pinang

IMG-20140517-WA0016Walaupun hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor hanya berlangsung pada 25 Mei ini, namun Parti Cinta Malaysia (PCM) seakan-akan sudah berpesta lebih awal. Seorang penjaja durian yang kebetulan terserempak dengan calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan semalam telah mempromosikan duriannya sebagai durian PCM. Keadaan itu ternyata menarik perhatian Cheng Guan yang bukan sahaja berjabat tangan dengan penjaja tersebut tetapi turut membeli kesemua 14 biji durian yang ada. Pada ketika
Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : PCM Berpesta Durian

UntitledGEORGETOWN: Lawatan calon DAP, Ramkarpal Singh Deo di sini menjadi kecoh apabila seorang warga emas meluahkan rasa tidak puas hati berikutan aduan yang diajukan penduduk tempatan tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri. Ramkarpal yang pada mulanya bersapa mesra dengan penduduk yang sedang melakukan senaman taici di Jalan Delima, Island Glades di sini terkejut apabila wanita itu menyuarakan kemarahan di situ. Wanita yang mahu dikenali sebagai Soo, 65, berkata aduan penduduk berkaitan lampu jalan
Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor: Lawatan Calon DAP Kecoh

backer cryGEORGE TOWN: Calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan mengakui hampir menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor kerana kecewa kempennya tidak mendapat liputan media. Ketika ditemui pemberita hampir sejam di lobi sebuah hotel di sini, Abu Backer yang juga seorang peguam menitiskan air mata kerana merajuk dengan media tempatan. "Saya dah merajuk dengan media. Untuk apa saya bertanding jika tiada kebebasan media. Saya bawa isu rakyat tetapi tidak mendapat
Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : Abu Backer Hampir Tarik Diri, Kecewa Tak Dapat Liputan Media

BnkQ7teIcAAlyuc.jpg-large-700x410GEORGE TOWN: Parti Cinta Malaysia (PCM) melancarkan manifestonya pada Rabu dan menggariskan sepuluh isu utama sebagai tumpuan menjelang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor. Manifesto bertemakan ‘Bersama Kita Majukan Pulau Pinang Ke Hadapan’ itu bukan sahaja mahu membawa pembangunan di negeri tersebut tetapi turut mampu mensejahterakan rakyatnya. Antara kandunganya ialah membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah. Menurut calonnya, Datuk Huan Cheng
Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : Calon PCM Janji Tidak Mahu Jadi Seperti Guan Eng

IMG_20140513_111542BUKIT GELUGOR: Calon bebas Pilihanraya Kecil Bukit Gelugor, Datuk Huan Cheng Guan menyelar tindakan sekumpulan remaja yang membawa dan memainkan peratan muzik berupa gendang tarian naga semasa hari penamaan calon semalam. Menurut Datuk Huan, memainkan alat muzik semasa perarakan calon merupakan satu kesalahan di bawah peraturan SPR dan mereka yang bertanggungjawab melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang. "Mereka berarak bersama penyokong DAP, berkemungkinan remaja
Baca Selanjutnya: #PRKBukitGelugor : DAP Mempergunakan Remaja Langgar Peraturan SPR

Lebih banyak artikel..