11
Rab, Dis
0 ARTIKEL BARU

#PRKBukitGelugor : Ahli PAS Mimpi Pulau Pinang Akan Jadi Negeri Hudud

PRK Bukit Gelugor
Typography

PRK Bukit Gelugor semakin rancak apabila ahli PAS Mohamed Nabi Bux Mohamed Abd Nabi Sathar, 63 mengumumkan siang tadi untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gelugor. Beliau yang di iringi oleh penyokongnya telah hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Pulau Pinang bagi mengisi borang dokumen pilihan raya. Mohamed Nabi Bux berkata beliau akan berjuang untuk pelaksanaan hudud di Pulau Pinang pada tahun 2020 jika beliau menang kerusi itu. "Saya bermimpi bahawa Pulau Pinang akan menjadi negeri hudud pada tahun 2020 ... satu undi bagi saya adalah satu undi untuk hudud ," katanya ketika ditemui pemberita di luar pejabat SPR di Weld Quay di sini sebelum ini. Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menegaskan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak bersetuju terhadap sebarang pelaksanaan hukum hudud di negeri ini. “Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan sebarang pelaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang. Saya menyebut perkara ini bukan sahaja sebagai pemimpin DAP tetapi juga sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan juga pendirian kerajaan negeri,” katanya Kekosongan kerusi Bukit Gelugor akibat kematian penyandangnya mendiang Karpal Singh sebelum ini telah menyaksikan sebanyak 5 calon bakal bertanding setakat ini. Antara calon yang telah mengesahkan untuk bertanding adalah calon bebas Mohd Yacoob Mohd Noor , Timbalan Pengerusi Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan terbaru adalah Mohamed Nabi Bux daripada PAS. Dua pesaing lain adalah dari MCA dan DAP yang dijangka mengumumkan calon masing-masing hujung minggu ini.