11
Rab, Dis
0 ARTIKEL BARU

#PRKBukitGelugor : Calon PCM Janji Tidak Mahu Jadi Seperti Guan Eng

PRK Bukit Gelugor
Typography
BnkQ7teIcAAlyuc.jpg-large-700x410GEORGE TOWN: Parti Cinta Malaysia (PCM) melancarkan manifestonya pada Rabu dan menggariskan sepuluh isu utama sebagai tumpuan menjelang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor. Manifesto bertemakan ‘Bersama Kita Majukan Pulau Pinang Ke Hadapan’ itu bukan sahaja mahu membawa pembangunan di negeri tersebut tetapi turut mampu mensejahterakan rakyatnya. Antara kandunganya ialah membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah. Menurut calonnya, Datuk Huan Cheng Guan, dia tidak akan menjadi seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sering menggunakan alasan kekurangan pembiayaan sebagai sebab untuk tidak melaksanakan dasar. “Saya berjanji akan berhubung dengan agensi ppersekutuan untuk membawa masuk lebih banyak dana untuk membangunkan Pulau Pinang, khususnya di Bukit Gelugor,” ujarnya. PCM bersedia membuka tiga pusat khidmat masing-masing di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong yang terletak dalam parlimen Bukit Gelugor sekiranya diberi mandat pada PRK kali ini. Berikut adalah kandungan manifesto: BERSAMA KITA MAJUKAN PULAU PINANG KE HADAPAN; MEMBASMI DAN MELAWAN RASUAH DALAM BN DAN PR; MEMBUKA TIGA PUSAT KHIDMAT DALAM BUKIT GELUGOR (SERI DELIMA,AIR ITAM DAN PAYA TERUBONG); PERANG TERHADAP JENAYAH DAN MASALAH SOSIAL; PERMOHONAN UNTUK DANA PERSEKUTUAN DARIPADA PELBAGAI KEMENTERIAN; AUDIT TANAH KERAJAAN NEGERI; LOBI UNTUK MEMBINA RUMAH KOS RENDAH; PASTIKAN PENGUATKUASAAN KETAT DASAR PEMBANGUNAN DENGAN HUKUMAN YANG LEBIH BERAT; MEMASTIKAN PENDUDUK PULAU PINANG MENIKMATI KUALITI HIDUP YANG BAIK DAN PEMBANGUNAN YANG MAMPAN *MENYELESAIKAN MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS MELALUI PELAN INDUK PENGANGKUTAN YANG BERKESAN.