06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

#PRKBukitGelugor : PCM Berpesta Durian

PRK Bukit Gelugor
Typography
IMG-20140517-WA0016Walaupun hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor hanya berlangsung pada 25 Mei ini, namun Parti Cinta Malaysia (PCM) seakan-akan sudah berpesta lebih awal. Seorang penjaja durian yang kebetulan terserempak dengan calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan semalam telah mempromosikan duriannya sebagai durian PCM. Keadaan itu ternyata menarik perhatian Cheng Guan yang bukan sahaja berjabat tangan dengan penjaja tersebut tetapi turut membeli kesemua 14 biji durian yang ada. Pada ketika penjaja durian bergembira kerana dapat balik rumah lebih awal, pasukan kempen PCM nampaknya juga dapat menikmati pesta durian di bilik gerakan mereka pada malam ini. Namun apabila ditanya mengenai peluang kemenangannya, Cheng Guan seperti biasa menjangkakan dirinya akan kalah kepada calon DAP iaitu Ramkarpal Singh. Naib Presiden PCM itu bagaimanapun menyatakan bahawa dirinya tidak berasa tertekan kerana pengundi Bukit Gelugor masih memberi sambutan positif terhadapnya. "Sehingga hari ini, tiada seorang pun pengundi yang memaki saya," katanya seperti dilaporkan China Press.