12
Sel, Nov
1 ARTIKEL BARU

Calon Bebas PRK Bukit Gelugor Dilanggar Dihadapan Pejabat DUN Pulau Pinang

PRK Bukit Gelugor
Typography
10273425_507125609388529_1376018489098467977_nGEORGE TOWN 20 Mei - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan mendakwa telah dilanggar kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Ianya berikutan tindakan calon bebas itu menahan kereta Mercedes tersebut setelah menunggu pada tempoh masa yang agak lama untuk menemui Setiausaha Agung DAP itu. 10301069_507125649388525_7771294824389612153_n Abu Backer mendakwa telah mengalami kesakitan di bahagian rusuk kanannya akibat kemalangan itu. Ambulans yang tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang. Sebelum ini Abu Backer yang telah seminggu meminta kebenaran untuk menemui Guan Eng di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau turut meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lawan beliau calon DAP Ramkarpal Singh dapat masuk ke DUN sedangkan beliau hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN.