22
Isn, Jul
0 ARTIKEL BARU

#PRKBukitGelugor : Kenapa Hanya 56.04 Peratus Keluar Mengundi?

PRK Bukit Gelugor
Typography
ramPengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, peratusan yang dicatatkan dalam PRK parimen Bukit Gelugor semalam iaitu 56.04 peratus juga adalah yang terendah dalam beberapa PRK sebelum ini. Selepas semua pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang, hanya seramai 46,099 pengundi berdaftar yang membuang undi. “Ini sekali gus menyaksikan sasaran peratus keluar mengundi yang diletakkan SPR pada awalnya iaitu 75 peratus tidak dicapai,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Sri Pinang di Pulau Pinang semalam. Dalam persaingan empat penjuru di PRK berkenaan, calon DAP, Ramkarpal Singh Deo menang dengan majoriti 37,659 undi selepas memperoleh sebanyak 41,242 undi. Tiga lagi calon iaitu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan memperoleh sebanyak 3,583 undi, manakala dua lagi calon Bebas iaitu ahli Pas, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Shatar (799) dan Backer Sidek Mohamad Zan (225). Peratusan undi dalam PRK berkenaan jauh lebih rendah berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu sebanyak 85.35 peratus ketika bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi. Aziz mendakwa peratusan keluar mengundi kurang kerana calon BN tidak bertanding. Pada PRU tahun lepas, calon BN, Teh Beng Yeam mendapat 14,061 undi manakala mendiang Karpal Singh mendapat 55,839 undi. Kalau nak dikira semua undi BN diberi kepada ketiga orang calon Bebas iaitu Huan Cheng Guan, Nabi Bux dan Backer Sidek sebanyak 4,607 undi, ini bermakna 9,454 orang penyokong BN tidak keluar mengundi semalam. Kenapa 9,454 orang pengundi BN tidak keluar? Adakah kerana BN tidak bertanding? Atau mereka sudah jangka DAP akan menang besar, maka mereka tak perlu keluar mengundi? Bilangan penyokong BN yang tidak keluar mengundi itu lebih rendah daripada pengundi DAP. Pada tahun lepas, Karpal Singh mendapat 55,839 undi manakala semalam, anaknya Ramkarpal mendapat 41,242 undi iaitu kurang 14,597 undi. Kenapa 14, 597 pengundi DAP tak keluar semalam? Apakah mereka protes kerana DAP meletakkan anak Karpal Singh sedangkan beliau sudah ada dua orang anak jadi wakil rakyat? Atau adakah kerana mereka menjangka DAP sudah menang besar, maka mereka tidak perlu keluar mengundi? Jika benar apa yang dikata oleh Pengerusi SPR bahawa punca BN tidak bertanding maka 24,051 orang tak keluar mengundi semalam, maka di masa akan datang SPR kena buat peraturan semua parti utama tidak boleh tidak bertanding. Tetapi di negara kita keluar mengundi belum dijadikan perkara wajib. Justru itu kita lihat trend yang rendah keluar mengundi semalam. Ramkarpal sudah menang. Majoriti yang besar bermakna harapan pengundi Bukit Gelugor amat tinggi kepadanya. Maka sewajarlah beliau menunaikan enam manifesto yang dijanjikannya ketika berkempen iaitu meliputi penambahbaikan sistem trafik, membina kawasan rekreasi untuk orang awam, menaik taraf pasar basah, pendidikan, perumahan dan program pembangunan; serta alam sekitar.