22
Ahd, Sep
0 ARTIKEL BARU

KUCHING - Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh mengundi pada 9 Mei yang jatuhnya hari Rabu tiada kaitan langsung dengan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen yang menganggap pengumuman SPR berhubung hari mengundi itu dianggap menyebelahi BN adalah keterlaluan dan tidak masuk akal.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, cukup pelik dengan kenyataan Chong Chieng Jen itu yang mengaitkan BN dengan isu penetapan tarikh mengundi Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).

Malah, kenyataan Chong itu menggambarkan seolah-olah demokrasi cuma wujud pada hujung minggu dan bukannya Rabu atau hari-hari bekerja biasa.

"Setiap hari DAP bermain politik berbanding berkhidmat kepada rakyat. Sepatutnya, mereka lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya dan orang ramai pada bila-bila masa dan tidak hanya menunggu hari mengundi.

"Jika mereka merasakan tarikh mengundi itu tidak memihak kepada mereka berbanding sebaliknya, ia juga membabitkan BN. Tiada apa yang boleh memberikan manfaat kepada mana-mana parti,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang dibangkitkan

Lebih banyak artikel..