16
Ahd, Jun
0 ARTIKEL BARU

KUCHING - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada April 2015 telah membantu menyelamatkan ekonomi negara pada hari ini.

Biarpun pengenalan GST ini tidak popular dan mengundang pelbagai tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas, ia sedikit pun tidak menjejaskan usaha kerajaan untuk melaksanakannya dan hari ini ia terbukti telah membantu menyelamatkan ekonomi negara.

Menurut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kejatuhan harga minyak dunia telah menyebabkan banyak negara mengalami masalah ekonomi, tetapi tidak bagi ekonomi Malaysia yang dilihat berjaya mengharungi.

"Pengenalan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dikatakan sebagai satu gangguan dan tidak popular.

"Bagaimanapun, 160 buah negara di dunia yang mengamalkan GST tidak mengalami sebarang masalah. Akibat kejatuhan harga minyak di pasaran dunia, pendapatan GST telah menyelamatkan ekonomi negara," katanya.

Sementara itu, pembangkang menyifatkan GST itu sebagai menipu rakyat dan tidak mampu menggerakkan ekonomi fantasi di abad ke 21 ini.

"Pada masa ini, kerajaan dan negara tidak boleh berdiam diri dengan melakukan perkara yang lama. Malah, kerajaan

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak bakal membangunkan Samalaju sebagai pusat industri maju yang merupakan salah satu daripada komponen terpenting dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Justeru itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi berharap agar diwujudkan daerah baharu Samalaju bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Dengan adanya daerah baharu itu nanti ianya juga dilihat dapat memudahkan proses

KUCHING – Isteri Ketua Menteri,  Datin Patinggi Amar Dato Juma'ani Tun Tuanku Bujang pada petang semalam telah  menerima kunjungan hormat daripada rombongan Jabatan Wanita Sarawak yang diketuai oleh Pengarahnya, Noriah Ahmad di pejabat SABATI, Wisma Sultan Tengah di sini. 

Tujuan kunjungan untuk menjemput Jumaani merasmikan Program Family Walk & Walk 2017 yang akan berlangsung pada 4 November ini di perkarangan Dewan Undangan Negeri Lama.

Menurut Noriah, program ini diadakan sempena

KUALA LUMPUR - Rata-rata pemimpin Barisan Nasional (BN) menyambut baik dengan Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Ia diakui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan Bajet 2018 adalah untuk semua.

Menurutnya, ini dapat dilihat dalam pelbagai bentuk termasuk perumahan yang juga membabitkan pasukan keselamatan seperti polis dan tentera.

“Ini membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan Raja Petra Kamarudin susulan laporan polis dibuat Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa penulis blog itu memfitnahnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keterangan Raja Petra diambil di United Kingdom pada Rabu lalu oleh pasukan penyiasat terdiri daripada tiga pegawai polis Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Ya, pasukan penyiasat telah merakam keterangannya," kata Mohamad Fuzi ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula di Mahkamah Tinggi.

Saman pemula itu difailkan 31 Mac lalu oleh bekas ADUN Sungai Benut, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail berhubung Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Peguam Mansoor Saat yang mewakili Mohamed Tawfik, selepas prosiding dalam kamar Hakim Datuk Wira Wan

KUCHING – Projek Jantung Borneo atau lebih dikenali sebagai Heart Of Borneo (HoB) dilihat telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada pelbagai pihak pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Projek HoB merupakan inisiatif pembangunan mampan (Sustainable Development) di kawasan persempadanan di Kepulauan Borneo di mana projek ini telah dimeterai oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei pada 12 Februari 2007 di Bali Indonesia dengan slogan iaitu 'Three Countries One Conservation'. 

Menurut

Lebih banyak artikel..