16
Ahd, Jun
0 ARTIKEL BARU

MIRI - Sebuah rumah panjang  yang terletak di kawasan Sibuti telah dilaporkan terbakar pada petang ini.

Pihak bomba yang menerima laporan kebakaran pada jam 4.16 petang ini telah mengerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Miri ke lokasi kejadian di rumah Majang Ak Rangkai Sibuti.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata selain anggota dari BBP Miri turut digerakkan ke lokasi kejadian adalah anggota dari BBP Lopeng.

"Pelapor memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang yang dianggarkan mempunyai 40 buah pintu dan struktur rumah berkenaan adalah jenis tidak kekal.

"Manakala jumlah pintu yang terbakar juga masih belum dipastikan,"katanya.

Katanya lagi, setakat ini info lanjut mengenai kebakaran masih belum didapati kerana pihak bomba masih dalam perjalanan le lokasi kejadian.

KUCHING : Pada semalam , Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah menerima kunjungan hormat daripada tiga delegasi perniagaan di pejabat beliau, Wisma Bapa Malaysia, di sini.

Delegasi berkenaan terdiri daripada tiga syarikat iaitu Pengerusi Kumpulan Wee Boon Ping, Datuk Wee Kok Tiong, Pengerusi Eksekutif Sunsuria Berhad, Tan Sri Datuk Ter Leong Yap dan Ketua Pegawai Eksekutif Citic Sunsuria Sdn Bhd, Dato Tan Tian Meng.

Dalam pertemuan tersebut, ketiga-tiga delegasi

LAWAS - Agensi dan jabatan kerajaan disaran untuk terus menjalankan tugas masing-masing dengan lebih tekun dan berwibawa.

Di samping itu, mereka juga perlu bertindak dengan pro aktif di dalam menjalankan tugas mereka demi memenuhi aspirasi rakyat terhadap pihak kerajaan masa kini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, tugas dan peranan pegawai di jabatan-jabatan kerajaan amat penting dalam memastikan kerajaan terus diberi kepercayaan oleh rakyat setempat.

“Agensi

MIRI -  Golongan belia diseru untuk sama-sama berganding bahu bagi menentang masalah rasuah di negara ini.

Penentangan berkenaan penting kerana masalah rasuah kerana ianya mendorong kepada kemusnahan negara dan membawa pelbagai masalah di kalangan masyarakat.

Menurut Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip rakyat seharusnya menjauhi amalan rasuah dalam diri mereka.

“ Menjauhi amalan rasuah juga merupakan sifat patriotik di kalangan

KUALA LUMPUR: Bilangan mereka yang terlibat dalam kumpulan penolakan program vaksinasi untuk kanak-kanak mengalami peningkatan yang tidak ketara, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, bilangan mereka yang menolak program vaksinasi untuk kanak-kanak adalah sebanyak 1,603 pada 2016 berbanding 1,541 pada tahun sebelumnya.

"Kementerian Kesihatan mengambil pendekatan mendidik ibu bapa mengenai kepentingam anak-anak mereka mendapatkan imunasisi.

"Ibu bapa

Lebih banyak artikel..