25
Ahd, Ogs
0 ARTIKEL BARU

PERMATANG PAUH - Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa menghormati bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa negeri dalam isu pewartaan fatwa bagi mengelakkan sebarang unsur campur tangan.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, pendedahan oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa negeri, Datuk Md. Salleh Ahmad menunjukkan Kerajaan DAP Pulau Pinang secara jelas campur tangan dalam urusan berkenaan dan perkara itu tidak seharusnya berlaku.

Menurut beliau, tindakan campur tangan itu sekiranya berterusan boleh mengundang perpecahan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.

“Saya seru mereka (Kerajaan DAP Pulau Pinang) supaya menyerahkan urusan agama kepada individu yang layak, jangan campur tangan kerana ini isu sensitif dan seolah-olah menunjukkan mereka mahu kawal segalanya,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Md. Salleh mengesahkan wujud campur tangan dalam isu pewartaan fatwa walaupun perkara itu sebelum ini dinafikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dalam negeri, Datuk Abdul Malik Kasim.

Menurut Md. Salleh, pada 2010, Abdul Malik mengarahkan jawatankuasa berkenaan supaya

MIRI - Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Miri membelanjakan kira-kira RM66,000 sejak Januari hingga Oktober tahun ini membiayai pengangkutan pesakit kanser nasofarinks atau kanser pangkal hidung mendapatkan rawatan di Unit Radioterapi Hospital Umum Sarawak (HUS).

Timbalan Pengarah (Perubatan) Dr. Alice Tiong Min Lee berkata, data dari Klinik Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Miri pada tahun 2009 hingga 2016 mencatatkan, seramai 143 pesakit.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 75

KUCHING - Ibu papa perlu memantau aktiviti anak gadis mereka untuk mengelak daripada menjadi keldai dadah, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.

Menurutnya, sebanyak tujuh tangkapan membabitkan anak gadis diperdaya dengan hubungan cinta sehingga terperangkap dengan aktiviti pengedaran dadah melalui perkhidmatan kurier ke negeri ini.

Tambahnya, gadis menjadi sasaran sindiket keldai dadah biasanya pelajar sekolah atau institusi pengajian tinggi berusia lingkungan 19 hingga awal

BINTULU - Seramai 75 orang daripada 17 keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Datu telah menerima bantuan segera daripada Pemangku Yang di-Pertua Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar semasa lawatan dan ziarah ke atas mangsa-mangsa di kampung itu di Jalan Masjid pagi semalam.

Pada 31 Disember lepas, satu kebakaran telah membabitkan enam rumah kayu di Kampung Datu sebelum ini.

Sumbangan kilat itu masing-masingnya berjumlah RM2,500 untuk tiga pemilik rumah yang mendiami rumah

SANDAKAN - Kerajaan Indonesia bimbang risiko keselamatan yang dihadapi warganya yang bekerja sebagai kru kapal nelayan di Sabah.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata kebimbangan itu disampaikannya ketika melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid di Kota Kinabalu, hari ini.

 “Rakyat Indonesia terdedah dengan jenayah culik yang berlaku di

Lebih banyak artikel..