Banjir yang berlaku di Bandaraya Kuching dan Serian pada hujung minggu lepas dan awal minggu ini adalah seperti yang diramal banyak pihak sebelum ini berdasarkan kepada pemantauan dan analisis semasa cuaca sejak awal tahun ini.
Di pihak kerajaan, agensi terlibat seperti Majlis Keselamatan Negara MKN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan sebagainya termasuk parti politik komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Sarawak United People Party (SUPP) bertungkus lumus memberikan bantuan.
Lawatan mengejut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Satem ke Pusat Penempatan Banjir di Dewan Masyarakat Malihah selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran SUPP membuktikan kerajaan sangat mengambil berat terhadap situasi semasa banjir yang berlaku.
Adenan memberitahu secara keseluruhan pengendalian urusan pemindahan mangsa ke pusat-pusat pemindahan berjalan dengan baik dan lancar.
Beliau turut berpuas hati dengan persiapan dan bantuan makanan dan sebagainya yang disediakan oleh agensi-agensi berkaitan.
Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri