Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu menunggu ‘amaran’ Parti Tindakan Demokratik (DAP) apabila calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kitang Voon Shiak Ni terus mendampingi rakyat di kawasan tersebut.
DUN Batu Kitang merupakan salah satu daripada 11 DUN baharu selepas Dewan Rakyat meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya awal Disember lepas.
DUN Batu Kitang merupakan pecahan daripada DUN Kota Sentosa dan DUN Batu Kawa yang mana kedua-dua DUN itu diwakili DAP.
PKR mula mendampingi rakyat di kawasan DUN Batu Kitang sebaik sahaja Naib Pengerusi Wanita PKR Voon Shiak Ni diumumkan sebagai calon di DUN Batu Kitang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan datang.
Malam tadi telah diadakan Pelancaran Kenderaan UBAH yang dilakukan oleh Setiausaha DAP Lim Guan Eng di Kuching City Mall, Kuching.
Menurut DAP, mereka yang akan berucap di atas pentas truck UBAH malam tadi merupakan calon-calon yang akan bertanding dalam PRN Sarawak akan datang.
Sepanjang pelancaran malam tadi, DAP terus mengekalkan calon mereka yang merupakan penyandang di DUN Padungan, DUN Pending dan DUN Kota Sentosa, manakala DUN Batu Kitang mash belum diumumkan.
Menariknya, Pengerusi DAP