Keputusan Kerajaan Sarawak membenarkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam surat menyurat dan komunikasi dalam pentadbiran negeri selain bahasa Malaysia tidak sesekali menidakkan penggunaan bahasa Melayu secara harian dan status bahasa rasmi negara.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak perlu mengadaptasi penggunaan bahasa Inggeris untuk mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.
“Ramai graduan kita gagal mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat besar kerana tidak fasih berbahasa Inggeris dan kebanyakan daripada mereka adalah daripada kalangan Melayu”, katanya merujuk kepada kegagalan lebih 1,000 doktor di Malaysia yang menamatkan pengajian tidak mahu bekerja sebagai doktor kerana lemah penguasaan bahasa Inggeris.
Menurut beliau adalah logik untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris walaupun terdapat segelintir pihak menentang tindakan tersebut.
“Kita menggunakan bahasa Inggeris bukan bererti kita meminggirkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri.
"Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa yang sangat penting. Adalah rugi jika generasi muda kita tidak menguasainya dalam usaha merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan