Pertembungan ‘sengit’ di DUN Satok akan membawa kepada sejauh mana hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) dalam Pakatan Harapan Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang?
Pengumuman Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak yang mengumumkan akan meletakkan 6 calon berpotensi termasuk di DUN Satok dan DUN Senadin sekali lagi mewarnai hubungan PKR dan DAP.
Semalam, Ketua AMK Kebangsaan, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dan kawasan DUN yang akan ditandingi mereka dalam PRN Sarawak akan datang.
Menariknya, AMK memilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, Satok, Senadin, Simunjan, Mambong dan Baram.
DUN Satok dan DUN Senadin dijangka akan berlakunya pertembungan sesama sendiri calon PKR dan DAP dan dijangkakan pertandingan lebih 3 penjuru termasuk calon BN dan PAS.
Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen yang juga Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa, turut berminat bertanding di DUN Satok selain DUN Tupong bagi menghadapi Naib Presiden PBB, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg. Berkemungkinan besar Abdul Aziz akan mencuba nasibnya di DUN Satok