06
Jum, Dis
0 ARTIKEL BARU

Guan Eng Perlekeh Adenan Elak Ditanya Isu Jual Tanah Pulau Pinang

Kolumnis 1
Typography

Kata-kata ‘ejekan’ Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung langkah Adenan dalam mendapatkan penurunan kuasa pentadbiran kepada kerajaan negeri Sarawak dianggap sebagai cubaan mengalih perhatian ke atas tindakannya yang kini dikecam hebat kerana menjual tanah di Pulau Pinang kepada syarikat di Singapura.

Guan Eng kini hebat dikecam penduduk di Pulau Pinang ekoran tindakannya menjual kira-kira 33 peratus tanah di Pulau Pinang kepada pemaju-pemaju yang mempunyai hubungan kroni Lim Kit Siang dan beberapa syarikat Singapura.

Tindakannya mengejek usaha Adenan dalam penurunan kuasa pentadbiran hanya bertujuan ‘politik’ dalam menyemai kebencian rakyat kepada Adenan dan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang kini semakin diterima rakyat.

Malah, rakyat Sarawak sendiri berterima kasih kepada Adenan kerana dengan tegas mempertahankan hak Sarawak khususnya dalam penurunan kuasa pentadbiran. 

Berbeza dengan Pulau Pinang di mana Ketua Menterinya mahu menjual negeri yang ditadbirnya kepada negara luar sering menyebabkan rakyat Pulau Pinang terpaksa merempat mencari arah dan tempat kediaman.

Tujuan Lim Guan Eng datang ke Sarawak hanya satu iaitu untuk menanam kebencian rakyat Sarawak kepada kerajaan sedia ada kerana mereka kini terdesak untuk mendapatkan sokongan sama ada dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 atau Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 akan datang.

Mengenai royalti minyak, Guan Eng perlu mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen. 

Menurut Adenan, permintaan mendapatkan kenaikan 20 peratus royalti minyak Sarawak masih dalam perbincangan dan perkara ini belum dapat dimuktamadkan dalam masa yang singkat.

 

Hakikatnya Guan Eng datang ke Sarawak hanya untuk memburukkan pemimpin BN dan lebih kepada bermain politik.