25
Sel, Feb
5 ARTIKEL BARU

Bukan Islam Bebas Amalkan Agama Dan Kepercayaan Masing-Masing Di Sarawak

Kolumnis 1
Typography

Sebagai Ketua Menteri Sarawak, saya memberi jaminan bahawa setiap kaum di Sarawak bebas mengamalkan agama dan budaya mengikut kepercayaan masing-masing termasuk penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam al-Kitab Kristian.

“Saya mahu memberi jaminan, sebagai Ketua Menteri yang beragama Islam, anda bebas mengamalkan agama masing-masing mengikut cara tiap-tiap orang.

“Rakyat Kristian bebas menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam al-Kitab. Ini Sarawak bukannya Semenanjung Malaysia. Setiap kita ada agama kita sendiri dan kita menghormati agama lain,” ujarnya.

Walaupun penduduk Sarawak terdiri daripada hampir 40 kumpulan etnik tetapi masih boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi disebabkan sikap toleransi yang tinggi dalam kalangan rakyatnya.

“Agama saya (adalah) agama saya. Agama kamu (adalah) agama kamu dan kita akan kekal hidup aman.

Menurut Adenan lagi, walaupun beliau berbangsa Melayu dan beragama Islam, sebagai Ketua Menteri, beliau adalah Ketua Menteri kepada semua kaum – Melayu, Iban, Bidayuh, Cina dan Orang Ulu.

Malah dalam setiap keluarga di Sarawak mempunyai menantu dan keluarga menantu daripada pelbagai kaum dan suku kaum, tetapi tetap hidup harmoni atas dasar menghormati antara satu sama lain.

 

Begitu juga dengan perniagaan makanan di mana terdapat peniaga Melayu yang membuka ‘stall’ makanan di kedai makanan milik Cina dan sebaliknya dalam memastikan setiap daripada mereka mempunyai pilihan makanan mengikut kegemaran masing-masing.