25
Sel, Feb
5 ARTIKEL BARU

Kerajaan Sarawak Beri Perhatian Penuh Kepada Pendidikan Teknikal

Kolumnis 1
Typography

Dalam usaha terus membangunkan negeri Sarawak, kerajaan merancang membina tiga kampus cawangan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Selain pembinaan Centexs, kerajaan turut memperkasakan lagi institusi dan silibus teknikal yang sedia ada bagi menggalakkan lebih ramai belia di Sarawak menjadikan pendidikan teknikal sebagai pilihan utama. 

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem berkata pendidikan teknikal memainkan peranan penting kepada pembangunan perindustrian di Sarawak yang memerlukan lebih ramai sumber tenaga mahir.

“Kita memerlukan golongan tenaga kerja mahir, berkelayakan dan profesional dalam memenuhi keperluan perindustrian.

“Permintaan terhadap mereka yang berkelayakan dalam bidang teknikal dan saintifik semakin meningkat,” katanya.

Adenan juga menggalakkan generasi muda berusaha mengejar pendidikan lebih tinggi dalam melengkapi kehidupan mereka.

Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Centexs Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani berkata, ia adalah usaha kerajaan untuk terus memperkasa dan mempergiatkan pembangunan bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk Sarawak.

Kampus Centexs ditubuhkan di Lundu seluas 70 ekar merupakan cawangan pertama ditubuhkan manakala dua lagi cawangan Centexs pula dirancang untuk ditubuhkan di kawasan lain di Sarawak mengikut keperluan dan permintaan.

"Sementara Cantexs di Lundu akan menawarkan tujuh program iaitu Kimpalan 3G Plus, Kimpalan 6G Advance, Mekatronik, Jahitan, Wireman, Hospitaliti dan Scaffolding”, katanya.

Menerusi penubuhan Cantexs, lebih ramai para belia akan menerima latihan kemahiran dan teknikal sekali gus menyediakan lebih ramai guna tenaga mahir diperlukan di negeri ini khususnya bagi projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Sarawak memerlukan seramai 350,00 pekerja mahir dalam bidang teknikal dan vokasional untuk mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030.