26
Rab, Feb
5 ARTIKEL BARU

Bahasa Inggeris Digunakan Seiring Dan Bahasa Malaysia Tetap Sebagai Bahasa Rasmi Kebangsaan

Kolumnis 1
Typography

Keputusan Kerajaan Sarawak membenarkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam surat menyurat dan komunikasi dalam pentadbiran negeri selain bahasa Malaysia tidak sesekali menidakkan penggunaan bahasa Melayu secara harian dan status bahasa rasmi negara.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak perlu mengadaptasi penggunaan bahasa Inggeris untuk mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Ramai graduan kita gagal mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat besar kerana tidak fasih berbahasa Inggeris dan kebanyakan daripada mereka adalah daripada kalangan Melayu”, katanya merujuk kepada kegagalan lebih 1,000 doktor di Malaysia yang menamatkan pengajian tidak mahu bekerja sebagai doktor kerana lemah penguasaan bahasa Inggeris.

Menurut beliau adalah logik untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris walaupun terdapat segelintir pihak menentang tindakan tersebut.

“Kita menggunakan bahasa Inggeris bukan bererti kita meminggirkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri.

"Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa yang sangat penting. Adalah rugi jika generasi muda kita tidak menguasainya dalam usaha merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan sektor swasta," katanya.

Begitu juga di kawasan luar bandar di mana kerajaan negeri akan memperkenalkan pelbagai program bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat terutama di kawasan luar bandar.

“Kita maklum bahawa terdapat kekangan untuk rakyat di luar bandar menguasai bahasa Inggeris dan sebab itu kita akan memperkenalkan banyak program pengukuhan bahasa Inggeris.

Pendirian tegas Adenan terhadap penggunaan bahasa Inggeris menyebabkan ada pihak yang jengkel dan menuduh bahawa beliau tidak nasionalis dan tidak patriotik.

0 0 1 277 1584 Samariang Aman 13 3 1858 14.0 Normal 0 false false false EN-MY JA X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-para-margin-top:0cm; mso-para-margin-right:0cm; mso-para-margin-bottom:10.0pt; mso-para-margin-left:0cm; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:Calibri; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin;}

"Membela bahasa Inggeris tidak ada kaitan dengan patriotisme dan nasionalisme. Ia adalah menjadi realistik," katanya lagi.