23
Jum, Okt
0 ARTIKEL BARU

UMNO Tidak Akan Bertapak Di Sarawak, PBB Hanya Untuk Rakyat Sarawak

Kolumnis 1
Typography

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bertegas tidak akan membenarkan UMNO melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Justeru, katanya, rakyat di negeri ini tidak perlu khuatir kerana kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) tidak akan atau pernah membenarkan kemasukan UMNO ke Sarawak.

“Saya tahu pihak pembangkang sengaja memainkan isu ini untuk membangkitkan rasa bimbang dalam kalangan rakyat terhadap kemasukan UMNO.

“Tetapi, anda tidak perlu risau kerana seperti yang sering saya tegaskan, kita tidak mahu UMNO bertapak di sini,” ujarnya yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Tambah Adenan yang juga Pengerusi BN Negeri, meskipun Sarawak tidak membenarkan kemasukan UMNO, tetapi ia tidak bermaksud mereka membenci UMNO.

“Masyarakat Melayu di sini mahu bekerjasama dengan kaum Bumiputera yang lain seperti Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dan sebagainya.

“Dalam konteks ini PBB telah terbukti berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum bekerja di bawah satu bumbung. Jadi mengapa kita harus mengubah kejayaan yang telah kita kecapi ini.

 

“Saya telah menjelaskan perkara ini kepada Perdana Menteri dan beliau faham akan pendirian kita, malah memberitahu bahawa UMNO tiada hasrat untuk memasuki Sarawak,” tambahnya.