23
Jum, Okt
0 ARTIKEL BARU

Rakyat Sarawak Perlu Tolak Parti Luar, Sokong Parti Tempatan Sarawak

Kolumnis 1
Typography

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menggesa rakyat di negeri ini supaya tidak memberikan sokongan kepada parti-parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya parti-parti berkenaan adalah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) serta Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Kita tidak mahu parti-parti itu di negeri ini termasuk UMNO datang ke sini. Parti yang sedia ada di negeri ini sudah cukup bagi rakyat negeri ini.

“Sokonglah parti berasal dari negeri ini sahaja. Tiada orang lain tahu Sarawak kecuali anak Sarawak sendiri.

“Biarlah kita dengan parti kita sendiri dan Sarawak tidak memerlukan parti lain dari luar negeri,” katanya.

Adenan menggesa rakyat negeri ini terus mempertahankan semangat harmoni dan aman damai bagi kemakmuran Sarawak.

“Kita di Sarawak sudah lama hidup aman damai tanpa sebarang konflik lebih-lebih lagi dengan hal-hal agama dan perkauman.

“Kita tidak mahu mencontohi masyarakat di Semenanjung Malaysia yang tidak berhenti-henti bergaduh melibatkan isu-isu perkauman, agama dan sebagainya.

 

“Apa yang terjadi di sana, biarkan jangan peduli. Cukuplah kita jaga negeri ini sahaja dan jangan terbabit dengan hal-hal di sana,” katanya.