03
Kha, Dis
0 ARTIKEL BARU

Individu Ekstrem Tidak Dialu-Alukan Memasuki Sarawak

Kolumnis 1
Typography

Salah satu inisiatif Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem ialah tidak membenarkan kemasukan individu atau kumpulan yang boleh mengganggugat keharmonian kaum di Sarawak tanpa mengira idealogi politik.

Kehadiran kumpulan The Center to Combat Corruption & Cronyism (C4) yang mengadakan kunjungan hormat terhadap Adenan di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru-baru ini mengundang pelbagai persoalan dan rakyat Sarawak percaya Ketua Menteri Sarawak tetap dengan pendiriannya untuk terus menggunakan hak dan kuasa Imigresen dalam menjaga hubungan harmoni antara kaum.

Dalam perjumpaan itu, Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel menyifatkan keputusan kerajaan Sarawak melarang Naib Presiden PKR Nurul Izzah ke Sarawak baru-baru ini sebagai ‘tidak sepatutnya’ berlaku.

Malah, mendesak Adenan Satem mengkaji semula kes berkenaan secara individu dan melihat cara terbaik untuk menangani keadaan berdasarkan hakikat bahawa rakyat Malaysia harus dapat bergerak dengan bebas mengikut Perkara 13, Deklarasi Hak Asasi Manusia 

Secara tidak langsung kumpulan C4 ini mahukan kerajaan Sarawak tidak lagi menggunakan pakai kuasa Imigresen seperti mana yang termaktub dalam Perkara 18 atas dasar hak asasi manusia.

Ini disebabkan Cynthia juga merupakan antara individu yang diharamkan daripada memasuki negeri ini sejak 2005 atas aktiviti-aktivitinya untuk menghentikan pembinaan Empangan Bakun dan kebajikan kaum Penan ketika beliau dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

 

Sejauh mana rakyat Sarawak bersetuju dengan desakan Cynthia Gabriel ini? Beliau bukan rakyat Sarawak mahupun pemimpin di sini tetapi cuba mendesak Ketua Menteri Sarawak tidak menggunapakai kuasa Imigresen. Malah, beliau sebelum ini pernah bersekongkol dengan menidakkan suara rakyat Sarawak dalam pembinaan Empangan Bakun dan SUARAM.