29
Ahd, Nov
0 ARTIKEL BARU

Lapor Polis Hanya Gimik Politik Semata-Mata

Kolumnis 1
Typography

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen semalam membuat laporan polis kononnya mengesyaki ada ‘orang lain’ yang cuba mencemar parti itu dengan cara menggantungkan poster DAP di beberapa kawasan seperti di Jalan Haji Baki, BDC, Taman Sahabat dan Batu Lintang.

Tindakan itu seolah-olah DAP cuba untuk mengalih kesalahan itu kepada Barisan Nasional (BN) kononnya parti mereka disabotaj.

Lebih ‘menyayat hati’, Chong cuba mengelirukan rakyat bahawa bendera (poster) DAP itu berlainan daripada bendera parti yang sedia ada.

Namun, ramai berpendapat DAP kini terdesak kerana percaya rakyat Sarawak kini mula menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak termasuklah pengundi Cina dan belia di bandar.

Ini kerana rakyat Sarawak turut mempersoalkan kreadibiliti dan peranan pemimpin-pemimpin DAP yang mewakili beberapa kawasan DUN Sarawak. Apakah sumbangan mereka kepada rakyat di kawasan yang mereka wakili? 

 

Sebaliknya, rakyat Sarawak mula sedar pemimpin DAP hanya lebih kepada mencari publisiti murahan dengan melemparkan tuduhan yang tidak berasas dan palsu selain berlaku biadap.

 

Malah, kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem yang mengutamakan hak rakyat Sarawak dan ‘cakap serupa bikin’ membuatkan DAP terpaksa membuat apa sahaj demi mengalih perhatian terhadap sokongan ke atas Ketua Menteri Sarawak.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.