KUALA LUMPUR - Mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah dan menengah yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan untuk murid bukan Islam masih relevan untuk diguna pakai sejajar dengan kehendak kurikulum abad ke-21.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata transformasi kurikulum yang dilaksanakan kementerian itu dari masa ke masa dapat melahirkan pelajar yang berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir, kerja pasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, prihatin dan patriotik.
"Mata pelajaran Pendidikan Moral yang diperkenalkan kepada murid-murid bukan Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah bertujuan untuk membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.
"Transformasi dalam kurikulum Pendidikan Moral mulai tahun lalu bermula dengan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu iaitu melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) serta Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Bashir Alias yang ingin tahu sama