21
Isn, Okt

#Parlimen - Sukatan Mata Pelajaran Alam Sekitar Bakal Didik Masyarakat - Wan Junaidi

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mencadangkan agar sukatan pelajaran Alam Sekitar menjadi salah satu pembelajaran dalam usaha untuk mendidik masyarakat berkaitan alam sekitar.

Menterinya,  Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jika pendidikan awal diberi secara tidak langsung kita boleh mendidik masyarakat berhubung kepentingan alam sekitar.

“Secara tidak langsung kita juga dapat mendidik masyarakat yang suka membuang sampah merata-rata, sikap sebegini boleh menimbulkan pelbagai masalah.

“Perbincangan sedang dilaksanakan dengan Kementrian Pendidikan dan dijangkakan ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Markin Mojigoh (BN-Putatan).

Dr Wan Junaidi berkata, sukatan pelajaran itu diperkenalkan bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta peranan yang boleh dimainkan setiap individu, termasuk kanak-kanak.

Sementara itu, Dr Wan Junaidi menjelaskan bahawa tiada dasar usus berkaitan penggunaan polisterina dan beg plastik yang diperkenalkan oleh kerajaan.

“Dasar sedia ada iaitu Dasar Pengurusan Sisa Pepejal yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang memberikan penekanan kepada pengurusan sisa melalui konsep 3R iaitu reduce, reuse dan recycle.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa menjalankan penguat kuasa ke atas industri plastik dan sehingga kini sebanyak 259 notis arahan telah dikeluarkan dan 64 kompaun telah dikenakan termasuk 25 kes telah diambil tindakan di mahkamah,” katanya.