21
Isn, Okt

#Parlimen : Kerajaan Kawal Selia Penyebaran Berita Palsu - Salleh

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berhubung penyebaran maklumat berkaitan dengan berita palsu di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, sepanjang tahun lalu hingga  Februari 2018, 45 kertas siasatan telah dibuka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkaitan dengan penyebaran berita palsu.

Menurutnya, empat kes telah dihadapkan ke mahkamah, malah SKMM telah mengambil tindakan terhadap 4,358 akaun palsu dan 80 peratus telah dipadam oleh penyedia platfrom seperti Facebook dan Twitter.

“Bagi tempoh yang sama SKMM telah mengambil tindakan sekatan terhadap 40 laman sesawang, portal dan blog yang menyebarkan kandungan maklumat serta berita berunsur palsu.

“Pihak SKMM juga telah melancarkan portal ‘Sebenarny My’ bagi membolehkan orang awam menyemak berita dalam talian yang diragui kesahihannya, portal tersebut mendapat sambutan dari masyarakat sehinggi kini telah mencapai 25 juta layaran,” katanya yang menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Khairudin Samad.

Dr Salleh berkata, satu program jelajah seluruh negara akan diadakan bagi memperkenalkan portal berkenaan yang mana bertujuan untuk mendekati masyarakat dalam memberikan pemahaman bahaya penularan berita palsu.

Tambahnya, penguat kuasaan yang dijalankan oleh SKMM berasaskan daripada aduan awam serta pihak yang terkesan dan ia berlandasankan perundangan sedia ada.