21
Isn, Okt

#Parlimen : Penempatan Semula LTSAS Peringkat Pertimbangan - Aziz

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan mempertimbangkan cadangan bagi penempatan semula Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS)  dari Ipoh ke Sri Iskandar.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, ini kerana LTSAS mempunyai had operasi disebabkan struktur geologi tanah dan pembangunan perbandaran menghadkan cadangan untuk pembesaran LTSAS.

Menurutnya, satu kajian telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Perak bagi melihat keperluan sama ada permindan itu perlu dilaksanakan ataupun tidak.

“Selaian daripada pembangunan kawasan sekitar isu landasan juga memainkan peranan memandangkan ia dikelilingi oleh banjaran dan tanah tinggi ini menyebabkan ia jarak pelepasan dan pendaratan terhad,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping).

Ab Aziz berkata, sepanjang tahun lalu, LTSAS telah mengendalikan sebanyak 274,146 penumpang berbanding 74,420 yang dicatatkan pada 2013.

Katanya, pada masa kini tiga syarikat penerbangan iaitu Firefly, Malindo Air dan FlyScoot telah menyediakan perkhidmatan penerbangan bagi laluan Ipoh-Singapura dan Ipoh-Johor Bharu.