25
Sel, Feb

#Parlimen : Pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok Diperingkat Kajian - Loga

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Perbadanan Labuan sedang giat menjalankan kajian berhubung pembinaan jambatan yang menghubungi Labuan-Menumbok yang akan memulakan pembinaan pada 2019.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, kajian yang dilakukan itu membabitkan semua aspek termasuk sektor ekonomi di kawasan sektiar.

Menurutnya, proses kajian ini akan mengambil masa kira-kira sembilan bulan yang bermula Februari lalu.

“Pembinaan jambatan ini adalah hasil daripada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Januari lalu, yang memikirkan kemudahan untuk setempat.

“Pembinaan jambatan ini secara tidak langsung akan meningkatkan sektor ekonomi penduduk serta kawasan yang berhampiran,” katanya bagi menjawab soalan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan).

Loga berkata, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) juga akan membuat kajian di kawasan berkenaan bagi menilai bentuk pembangunan yang perlu di bawa setelah siapnya jambatan itu nanti.

Tambahnya, beliau yakin dengan pembinaan jambatan itu nanti akan memberikan impak besar kepada penduduk di Labuan.