01
Kha, Okt

#Parlimen : BERSIH Langgar Arahan Polis, Teruskan Perhimpunan Depan Parlimen

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR – Gerakan BERSIH hari ini mengingkari arahan polis supaya tidak berhimpun dan berarak di depan bangunan Parlimen.

Seawal jam 8 pagi mereka sudah berkumpul untuk membatah laporan persempadanan semula bahagian pilihanraya yang akan dibentang di Dewan Rakyat.

Mereka berkumpul berhampiran laluan masuk ke bangunan Parlimen dan di Tugu Negara dengan mengenakan baju berwarna kuning, termasuk Bekas Pengerusinya, Maria Chin Abdullah.

Turut kelihatan Pengerusi PH Tun Dr Mahathir, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddn Yassin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAN Mohamad Sabu.

Sehingga jam 10.30 pagi tadi, dilihat kurang dari 500 peserta yang telah hadir untuk berhimpun.

Rang Undang-Undang (RUU) Persempadanan Semula akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib TUn Razak hari ini dan dijangka akan diputuskan dengan undian belah bahagi selepas selesai perbahasan dan penggulungan di Dewan Rakyat petang ini.