25
Ahd, Okt

#Parlimen : Akta Kanak-Kanak Diperkemaskan - Azizah

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memperkemaskan undang-undang bagi menangani masalah pencabulan hak malah penderaan berbentuk fizikal terhadap kanak-kanak.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, telah meminda Akta Kanak-Kanak 2001 pada tahun 2016 bagi menangani kesalahan berunsurkan seksual yang tidak diliputi akta tersebut.

Menurutnya, akta baru itu adalah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang mana ia merupakan suatu undang-undang yang khusus dan komprehensif.

“Ia merangkumi aspek perlindungan, pemeliharan, pemulihan, perkembangan dan penyertaan.

“Penambahbaik akta ini antaranya kenaikan penalti bagi kesalahan seperti penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak,” katanya bagi menjawab soalan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak).

Azizah berkata, selaian itu juga ia meperuntukkan hukuman bagi kesalahan yang berkaitan dengan pornografi terhadap kanak-kanak termasuk menjual, memiliki dan menerbitkan berunurkan seksual.

Tambahnya, kerajaan sentiasa komited dalam usaha memastikan peruntukan undang-undang sedia ada disemak dan dikemas kini supaya dapat melindungi golongan sasar