19
Rab, Feb

#Parlimen : Dewan Rakyat Lulus Persempadanan Semula

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul persempadan negeri bagi bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri menerusi proses undi belah bahagi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika mengumumkan keputusan itu berkata, 80 menentang dan seramai 129 ahli Parlimen menyokong.

Usul persempadanan tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. 

Menurutnya kajian semula persempadan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merangkumi Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang mempunyai keluasan kira-kira 132,000 kilometer persegi.

Kali terakhir persempadan semula adalah pada tahun 2003, telah digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11); PRU-12 dan PRU-13 pada tahun 2013.