26
Rab, Feb

#Parlimen : Jemaah Haji Malaysia Tidak Terkesan Dengan VAT - Timb Menteri

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan 5% Cukai Nilai Tambah (VAT) oleh kerajaan Arab Saudi tidak memberi impak secara langsung kepada Jemaah haji Malaysia, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ia kerana bayaran haji tetap kekal pada kadar RM9,980 bagi mereka yang pertama kali menunaikan haji.

“Kos haji bagi musim 2018M/1439H untuk Jemaah haji Malaysia secara keseluruhannya telah meningkat kepada RM22,450. Tahun lepas kos haji adalah berjumlah RM19,550.

“Kesan percukaian VAT ini telah diambil kira dalam kos haji tersebut. Pengiraan VAT tersebut dianggarkan sebanyak RM733 bagi setiap seorang Jemaah haji merangkumi kos penginapan, makanan dan perkhidmatan di Arab Saudi.

“Menjadikan jumlah subsidi yang ditanggung oleh Tabung Haji pada tahun ini meningkat daripada RM300 juta kepada RM500 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Raime Unggi (BN-Tenom).