KOTA KINABALU, 7 Nov (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini akan memberikan keputusannya hari ini mengenai siapakah Ketua Menteri Sabah yang sah antara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tan Sri Musa Aman.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie dijadual memberikan keputusannya pada pukul 3 petang ini terhadap saman pemula yang dikemukakan oleh Musa bagi mencabar pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri yang baharu kerana mendakwa beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah.
Pada 24 Okt, Hakim Yew mengangguhkan keputusannya ke 7 Nov selepas mendengar penghujahan panjang lebar oleh peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad dan S. Vanugopal yang mewakili Musa, Datuk Douglas Lind yang bertindak bagi pihak Mohd Shafie dan Peguam Besar Negeri Datuk Zaleha Rose Pandin yang mewakili Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.
Musa pada mulanya memfailkan writ saman terhadap Mohd Shafie pada 17 Mei tetapi telah menariknya balik, bagaimanapun pada bulan Jun, beliau memfailkan saman pemula bagi memohon mahkamah, antara lain, mengeluarkan satu perintah bahawa beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah yang telah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada 10 Mei.
Saman pemula