PENAMPANG - Datuk Seri Najib Razak menyifatkan ketidakhadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Sabah sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukti calon pakatan pembangkang Parlimen Langkawi itu tidak mementingkan keperluan rakyat Sabah.
Perdana Menteri berkata, jika Dr Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri semula, beliau sepatutnya datang ke Sabah untuk bertemu rakyat negeri ini.
“Tetapi yang peliknya dia tidak mahu datang ke Sabah, namun mahu jadi Perdana Menteri semula. Tidak ada satu hari pun dia turun Sabah untuk berkempen dan bertemu ‘urang-urang’ (orang) Sabah.
“Kenapa dia tidak datang Sabah? Mana boleh jadi Perdana Menteri kalau tinggalkan Sabah… ini bermakna dia tidak fikir orang Sabah dan dalam hatinya dia tidak sayangkan orang Sabah selama ini.
“Saya walaupun baru sembilan tahun jadi Perdana Menteri, saya bukan saja sayangkan rakyat Sabah, malah membawa banyak pembangunan di negeri ini,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Dewan Hongkod Koisaan di sini, semalam.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, selama menjadi Perdana Menteri apa saja permintaan daripada Ketua Menteri Sabah untuk pembangunan negeri ini, tidak pernah ditolak.
“Ini kerana Sabah amat