KOTA KINABALU – Malim Gunung Kinabalu, sukarelawan bencana banjir di Kelantan dan golongan nelayan antara yang menerima pengiktirafan sempena Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka 16 September ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sambutan kali ini diambil sebagai mengabadikan sumbangan golongan yang banyak berbakti kepada Negara.
Menurutnya, mereka yang terlibat berperanan utama dalam acara persembahan pada malam itu.
“Kita mahu acara ini berbentuk sambutan untuk rakyat dengan menampilkan pengiktirafan atas kebolehan dan sumbangan rakyat.
Pada majlis itu juga jelasnya, seramai 16 orang yang lahir pada 16 September pada tahun berbeza akan dipilih untuk menerima penghargaan.
Mengenai masalah kesesakan lalu-lintas serta ruang parkir yang terhad, pihaknya akan berusaha mengatasi keadaan terbabit.
Menurutnya, beberapa kawasan akan dijadikan parkir bagi membolehkan orang ramai menggunakan bas pergi balik (shuttle) yang disediakan penganjur.
Beliau berkata, jawatankuasa penganjur berusaha membuat persediaan tertentu bagi memastikan semua pengunjung dapat menikmati persembahan dalam