Nabawan - Setiap perjuangan itu ada matlamatnya dan ia hanya dicapai jika ada kesepakatan bersama antara rakyat dan pemimpin.
Juanis Ibut, penyokong tegar pembangkang kini beralih sokongan dari kepada Barisan Nasional (BN) setelah melihat perjuangannya tidak dihargai.
Katanya, kami adalah penyokong kuat pembangkang tetapi bila dilihat hanya Barisan Nasional yang bantu kami selama ini, maka kami ikrar untuk berjuang bersama pemimpin BN khususnya P.182 Pensiangan dan N.38 Nabawan”.
Kenyataan Juanis turut disahut oleh rakannya Labi Buntong yang memaklumkan beliau adalah ketua pembangkang di kawasan ini (Nabawan) pada pilihan raya umum ke-13 dan sentiasa menentang apa sahaja yang diusahakan oleh pemimpin BN terutamanya Datuk Bobbey.
“Kami sekarang penyokong kuat kepimpinan Datuk Bobbey kerana kami melihat kepimpinan BN cukup jelas yang sentiasa membantu rakyat dan tidak hanya tahu berjanji seperti pembangkang.
“Kami melihat jika pembangkang menang pada pilihan raya kali ini Tun Mahathir akan jadi Perdana Menteri semula. Dialah punca Sabah hadapi masalah pendatang asing tanpa izin.” katanya ketika menghadiri program Sungkor Kalawon (Menyokong Pemimpin) di Rumah Panjang Kampung