25
Rab, Nov

KENINGAU – Elemen kesihatan sangat penting dalam menjaga kesejahteraan masyarakat kerana tanpa tubuh badan yang sihat, seseorang itu tidak dapat menyumbang bakti kepada pembangunan negara.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Datuk Sairin Karno berkata, hanya komuniti sihat sepenuhnya akan mewujudkan sebuah negara yang produktif.

“Oleh itu, tahap kesihatan yang baik merupakan faktor penting dan masyarakat harus memberi keutamaan dalam penjagaan kesihatan yang boleh membantu kesejahteraan dan keseimbangan sesebuah komuniti,” katanya semasa berucap merasmikan Penutupan pelancaran Projek Zon Bebas Katarak Sabah Kanival Pembedahan Katarak Hospital Keningau, di sini pada isnin.

Menurut beliau, usaha komuniti mengambil langkah pencegahan lebih awal dapat mengurangkan kos rawatan.

Sairin berkata, kesedaran dan pengetahuan yang mencukupi mengenai penjagaan kesihatan merupakan kunci utama dalam memastikan kesihatan diri berada dalam tahap yang optima supaya sebarang penyakit dapat dicegah, dikesan awal dan berjaya dirawat dengan berkesan. 

SayangSabah.

TAMBUNAN – Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, sambuta Hari Kebangsaan tidak lagi disambut berdasarkan ulangtahun tetapi mengikut tahun.

Katanya, ia telah diputuskan oleh pihak Kerajaa Pusat atas prinsip kesamarataan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak selain simbolik kepada solidariti, sehati sejiwa bagi seluruh rakyat Malaysia.

“Ia juga diputuskan sebagai penyelesaian kepada isu-isu berkaitan tarikh sebenar sambutan Hari Kemerdekaan yang umumnya sedia maklum

Baca Selanjutnya: Hari Kebangsaaan Bukan Berdasarkan Ulangtahun

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri kekal komited dan bekerjasama dalam membantu segala usaha ke arah kemajuan dan peningkatan tahap pendidikan tinggi negara, khususnya di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.



Beliau berkata sejak penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS), pembangunan dan kemajuan negeri ini telah bergerak seiring terutama dalam menampung keperluan ekonomi dan sosial pelajar.

"Kesan positifnya juga telah memberi nilai tambah dari segi pembangunan modal insan

Baca Selanjutnya: Kerajaan Negeri Sabah Komited Tingkat Pendidikan Tinggi - Musa Aman

TENOM – Semangat kebangsaan perlu sentiasa bersemarak dalam sanubari segenap lapisan rakyat Malaysia, tegas Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis ceramah “Malaysia: Sehati Sejiwa” sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Tenom bertempat di Dewan Seri Antanom semalam.

Kesedaran dan pemahaman di kalangan rakyat berbilang kaum mengenai sejarah penubuhan Malaysia itu juga penting demi kejayaan agenda pembangunan

Baca Selanjutnya: Rakyat Perlu Faham Sejarah Penubuhan Malaysia

LABUAN – Kerajaan akan memberi tumpuan utama kepada pembangunan di luar Bandar khususnya di Sabah dan Sarawak di samping Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia kerana penduduk kampung merupakan penyumbang terbesar kepada kemenangan dan kejayaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada pilihan raya umum (PRU) selama ini.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan akan membalas jasa baik pengundi dengan

Baca Selanjutnya: Kerajaan Beri Perhatian Kepada Pembangunan Luar Bandar

TENOM – Lebih banyak kawasan dan kampung di pedalaman negeri ini diharap dapat menikmati bekalan elektrik.

Harapan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi agar  projek penghantaran berkeupayaan 132 kilovolt (kv) Tenom-Nabawan mampu menyalurkan bekalan elektrik secara meluas bagi faedah penduduk luar bandar di Sabah.

“Pada masa sama, kita berharap pelaksanaan projek itu dapat mengurangkan  gangguan elektrik di kawasan pedalaman selain memacu pembangunan ekonomi setempat,”

Baca Selanjutnya: Kawasan Pedalaman Sabah Perlu Bekalan Elektrik

BELURAN – Perpaduan rakyat penting untuk membawa Malaysia menuju negara maju menjelang 2020, kata Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Sehubungan itu, katanya, perpaduan yang dibina berasaskan kepelbagaian kaum perlu sentiasa dijaga dan dipupuk.

“Negara berbilang kaum perlu toleransi dan rasa hormat antara satu dengan lain sentisa ditahap tinggi.

“Perpaduan rakyat bolehkan kerajaan tumpu pada pertumbuhan ekonomi dan seterusnya membolehkan rakyat menikmati pembangunan,”

Baca Selanjutnya: Perpaduan Rakyat Menuju Negara Maju Menjelang 2020 - Ronald

Lebih banyak artikel..