25
Rab, Nov

KOTA KINABALU - Kedudukan bangunan bagi Sekolah Kebangsaaan (SK) Melangkap dan SK Kaung Kota Belud dilihat ada keperluan untuk dipindahkan ke tempat lain.

Pengarah Pendudukan Negeri Sabah Datuk Jame Alip berkata, pihaknya sedang menjalankan kajian terperinci mengenai keadaan kawasan sekolah berkenaan.

"Tapak kedua-dua sekolah ini mempunyai risiko terdedah kepada kejadian banjir lumpur terutamanya selepas berlaku gempa bumi Jun lepas.

"Bagaimanapun, perkara ini belum diputuskan dan berdasarkan pemantauan awal di lokasi sekolah berkenaan, memang ada keperluan untuk berpindah ke kawasan lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penyerahan Bantuan Komputer Riba oleh Sonsulat Negara China di Kota Kinabalu kepada sekolah rendah terpilih yang ditimpa bencana gempa bumi, semalam.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Pendidikan untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun jelasnya, kementerian sudah meluluskan untuk pemindahan SK Kiau Kota Belud ke kawasan lain atas faktor yang sama.

Mengulas lanjut mengenai bantuan ke sekolah yang terlibat bencana, beliau berkata peruntukan sudah disalurkan untuk proses

Baca Selanjutnya: Dua Buah Sekolah Risiko Terdedah Banjir Lumpur Di Daerah Kota Belud

 

 

KOTA KINABALU - Lebih 500 atlet mengesahkan penyertaan mereka dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Sabah ke-62 yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 29 dan 30 Ogos.

Presiden Persatuan Olahraga Sabah (SAA) Fred Gabriel berkata pada Sabtu bahawa selain daripada peserta tempatan dan pelajar dari 20 daerah di Sabah, bilangan itu juga termasuk penyertaan negara luar.

"Brunei, Sri Lanka, Filipina dan Balik Papan, Samarinda Tarakan dari Indonesia serta pasukan dari Perak dan Labun

Baca Selanjutnya: 500 Atlet Dalam, Luar Negara Sahkan Penyertaan - Fred

KUNAK - Terowong bawah tanah di lading Mostyn Kunak kira-kira 13 kilometer dari pekan di sini memiliki nilai sejarah tersendiri yang mungkin belum terungkai sepenuhnya meskipun ada yang pernah berkunjung dan masuk ke dalam terowong itu yang lebih dikenali sebagai "terowong Jepun".

Bekas tempat persembunyian tentera Jepun semasa era penjajahan pada 1942, terowong bawah tanah itu ditemui sekitar tahaun 1960-an oleh pemburu di hutan sekitar sana selepas menemui runtuhan tanah di situ.

Bermula

Baca Selanjutnya: 'Terowong Jepun" di Kunak Milik Sejarah Tersendiri

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah, melibatkan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), dilanjutkan bagi fasa ke-26 bermula semalam hingga 6 September dari 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintah berkurung dari jarak tiga batu nautika dari pantai itu dilanjutkan kerana kawasan berkenaan masih diancam penjenayah rentas sempadan seperti penculikan untuk tebusan dan kumpulan abu Sayyaf untuk

Baca Selanjutnya: Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjutkan Hingga 6 September 2015

KOTA KINABALU - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di negeri ini kerana ia menyalahi undang-undang dan tidak memenuhi syarat notis di bawah Akta Perkhimpunan Aman 2013.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata sekiranya pihak penganjur meneruskan juga hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan berkenaan, pihak polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perkhimpunan Aman 2012, Seksyen 9(1) dan Seksyen 4(2) (C) akta yang

Baca Selanjutnya: Perhimpunan Bersih Salah Di Sisi Undang-Undang : Jalaluddin Rahman

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) tidak akan membenarkan sebarang cubaan untuk menubuhkan kerajaan baharu melalui pintu belakang, kata Timbalan Perdana Menteri datuk Seri Dr. ahmad Zahid Hamidi.

Jelasnya, ini adalah kerana kerajaan BN sekarang dipilih secara demoktartik menerusi pilihan raya umum (PRU).

"Apa guna kita diberi kuasa jika kita tidak tahu menggunakan mandate yang diberikan oleh rakyat menerusi pilihan raya (umum).

Kita harus bersatu padu agar kerajaan sekarang terus didokong

Baca Selanjutnya: BN Tolak Cubaan Tubuh Kerajaan Baharu Melalui 'Pintu Belakang'

SEMPORNA: Dalam usaha merealisasikan amalan hijau dan aplikasi teknologi hijau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasang sistem solar hybrid di Balai Polis Pulau Mabul yang dijangka mula beroperasi hujung bulan depan.

Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah berkata pemasangan sistem solar hibrid itu adalah yang pertama dan merupakan satu lagi inisiatif hijau PDRM bertujuan mengurangkan kos bahan apai serta pelepasan gas karbon dioksida, khususnya di kawasan yang

Baca Selanjutnya: PDRM Pasang Sistem Solar Hidrid di Balai Polis Mabul, Semporna

Lebih banyak artikel..