KOTA BELUD : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga elemen penting bagi memastikan kestabilan Sabah terus terjamin di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Tiga elemen tersebut ialah kestabilan politk, pengukuhan ekonomi dan pemerkasaan aspek keselamatan, katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Belud di sini, semalam.
UMNO Bahagian Kota Belud diterajui Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.
Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata elemen ini penting kerana ia mampu menjadi platform dalam menentukan kelangsungan kemakmuran dan kekuatan Sabah, sekaligus rakyat negeri ini mampu menikmati kesejahteraan di bawah kerajaan BN.
Justeru, ketiga-tiga elemen ini, katanya harus diberi perhatian penuh memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab dari luar dan dalam yang menjadikan ia sebagai sasaran untuk kepentingan mereka.
"(Jalinan kestabilan dan pengukuhan) elemen-elemen ini penting, kerana tidak mustahil ada pihak kurang senang dan 'sakit mata' melihat kemakmuran di Sabah ini," katanya.
Justerum Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri berkata