KOTA KINABALU – Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah akan mengadakan program Jom Makan Durian dan buah-buahan tempatan selama dua hari mulai hari ini (Jumaat) di perkarangan Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Sabah (KKMM) , Jalan Lintas Kepayan, disini.
Program anjuran bersama Lembaga Pemasaran Pertanian dan Persekutuan (FAMA) Sabah itu merupakan acara yang julung kali diadakan bertujuan mempromosikan buah-buahan tempatan menerusi siaran radio Sabah FM.
Ketua Penolong Pengarah Rancangan TV, Malinaziah Datu Mohd Julapsi berkata acara itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab social RTM Sabah untuk menyokong dan mempromosi usaha kerajaan dalam menjayakan kempen makan buah-buahan tempatan.
“Saya berharap penduduk sekitar Kota Kinabalu mengambil peluang menikmati pelbagai jenis buah-buahan tempatan disediakan FAMA kerana hanya dengan bayaran minima pengunjung byang hadir boleh menikmati pelbagai jenis buah-buahan,” katanya dalam satu kenyataan disini pada khamis.
Sementara itu Pengarah FAMA Sabah, Ribin Wahid berkata penganjuran program seumpama ini merupakan langkah diambil badan itu untuk memastikan hasil titik peluh petani dan peladang negeri ini