SANDAKAN: Sempena eksais bilateral yang diadakan setiap tahun antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Amerika Syarikat, kapal diraja Jebat telah dijadikan platform dalam Majlis Resepsi Eksesais Cooperation Afloat Readiness Training (CARAT) 2015 pada 17 Ogos lepas.
Ia merupakan pertama kali pada tahun ini eksais diadakan di Sandakan, dan majlis resepsi ini dihoskan oleh Markas Angkatan Bersama ATM danKD JEBAT yang dipilih sebagai platform untuk menjayakan majlis tersebut. Majlis bermula pada jam 7 petang telah dihadiri Mejar Jeneral Dato’ Kamarulzaman Othman merangkap Asisten Ketua Staf Markas Angkatan Bersama sebagai hos majlis resepsi.
Diantara tetamu yang hadir pada majlis itu, Rear Admiral Charles William USN merupakan Komander Gugus Tugas 73 (CTF 73), Capt H.B. Lee Timbalan Komander Skuadron Destroyer ke-7 dan Komander Pangkalan Sandakan iaitu Laksamana Pertama Dato’ Ahmad Abdullah. Tetamu-tetamu yang turut hadir bagi memeriahkan majlis ini adalah Ketua Polis Sandakan, Pegawai Memerintah Pasukan Polis Marin Sandakan, Pegawai Memerintah KD SRI Sandakan dan wakil Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta wakil Majlis Perbandaran Sandakan