26
Isn, Okt

SANDAKAN - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) hari ini melancarkan ‘Ops Gasak’ secara besar-besaran bagi memburu saki-baki pendatang asing tanpa izin (PATI) di perkampungan setinggan Mangkalinau yang terletak di pinggiran bandar Sandakan.

Komander ESSCom DCP Datuk Abd Rashid Harun berkata ‘Ops Gasak’ yang melibatkan lebih 300 anggota keselamatan itu dilaksanakan serentak dengan operasi bersepadu membanteras sambungan elektrik di perkampungan berkenaan.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ESSCom untuk membersihkan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne), termasuk di Sandakan daripada PATI, katanya di sini hari ini.
Semalam, ESSCom membantu menjayakan operasi bersepadu membanteras sambungan haram elektrik di penempatan setinggan berhampiran rumah pangsa Majlis Perbandaran Sandakan di Jalan Batu Sapi, dekat sini.

Selain ESSCom, operasi turut disertai Suruhanjaya Tenaga, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Majlis Perbandaran Sandakan, polis, imigresen, Jabatan Bekalan Air dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

ESSCom diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu awal tahun yang sama.

ESSZOne

Baca Selanjutnya: Esscom Lancar Ops Gasak Di Kampung Setinggan Mangkalinau, Sandakan

KOTA BELUD - Banjir kilat yang melanda Kampung Malangkap semalam menyebabkan kira-kira 1,000 penduduk kampung itu mengalami kemusnahan harta benda dan tanaman selain terputus hubungan.

Seorang penduduk, Daulis Tamakau berkata tiga jambatan gantung utama di kampung itu dihanyutkan banjir termasuk sebuah yang baru siap dibina setelah musnah dalam kejadian banjir bulan lepas.

Katanya semua kawasan sawah padinya juga musnah dalam kejadian itu.

"Saya betul-betul tak sangka banjir boleh sampai

Baca Selanjutnya: Banjir Kilat Di Kampung Malangkap Rosakkan Harta Benda Penduduk

KOTA KINABALU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengemaskini senarai nama individu yang dikehendaki kerana terlibat dengan jenayah rentas sempadan dan beberapa siri penculikan di negeri itu.

Nama-nama tersebut termasuk salah seorang adik beradik Muktadil, Nelson @ Nikson Braun @Brown, Badong, Bocoi @ Black dan Khadafi - serta Salip Sosong @ Mohammad Apsa Abdulla, Ali @ Brown dan Manajan @ Marajan.

Senarai itu dikeluarkan semasa mesyuarat dengan pengusaha perniagaan di

Baca Selanjutnya: ESSCom Keluarkan Senarai Nama Terbaharu Individu Dikehendaki

KOTA KINABALU – Pastikan keutamaan dalam meningkatkan bidang pendidikan terus diberi perhatian oleh semua pihak tanpa mengira siapa pun dipilih menerajui Kementerian Pendidikan.

Perkara itu dinyatakan oleh Exco Pendidikan negeri, Datuk Masidi Manjun apabila diminta mengulas mengenai pelantikan Menteri Pendidikan baharu, Datuk Seri Mahadzir Khalid menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada barisan Kabinet Persekutuan.

 

Masidi yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan

Baca Selanjutnya: Menteri Dilantik Perlu Beri Keutamaan Terhadap Pendidikan Di Sabah

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung, Datuk Haji Syed Abas Syed Ali menerima surat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang baharu.

 

Beliau merupakan Speaker DUN Kesembilan menggantikan Senator Datuk Seri Panglima Dr Haji Mohd Salleh Tun Said Keruak yang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Majlis Angkat Sumpah berkenaan di Istana Negeri Sabah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk

Baca Selanjutnya: Syed Abas Angkat Sumpah Jawatan Speaker DUN Sabah

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya menyelamatkan lima penumpang sebuah bot persendirian yang karam di perairan selatan Bohey Dulang Semporna, dekat sini hari Ahad.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Kapten Anor Jaafar berkata pihaknya menerima maklumat daripada Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengenai kejadian bot karam itu pukul 10.40 pagi.

"Bot peronda APMM kemudian diarahkan ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi kejadian pada jam lebih kurang

Baca Selanjutnya: APMM Selamat Lima Mangsa Dalam Kejadian Dua Bot Berasingan

KOTA KINABALU - PAS Sabah akan terus menyokong kepimpinan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menolak kumpulan progresif Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata pesuruhjayanya Aminuddin Aling.

Katanya, tiada alasan untuk menubuhkan GHB dan menganggap GHB diwujudkan atas dasar kekecewaan pihak tertentu kerana tidak mendapat tempat dalam pemilihan jawatan pada Muktamar Tahunan PAS, Jun lalu.

"Kami tetap bersama tuan guru presiden (Abdul Hadi). Yang menyertai (Gerakan) Harapan Baharu ini

Baca Selanjutnya: PAS Sabah Tolak GHB, Setia Bersama Pimpinan Hadi Awang

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.