25
Sel, Feb

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah memaklumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam bahawa enam daerah di negeri ini telah dikenal pasti ditumbuhi rumpai miang Mexico yang berbahaya di 16 lokasi yang meliputi kawasan-kawasan kecil.

Enam daerah yang terlibat ialah Ranau, Keningau, Tenom, Tuaran, Sipitang dan Kota Marudu.

Menterinya, Datuk Seri Yahya Hussin berkata rumpai ini disenaraikan dalam 10 teratas perosak asing berbahaya dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Pengurusan Spesies Asing Berbahaya kerana tumbuhan itu memberi kesan berbahaya pada persekitaran, ekonomi dan kesihatan manusia serta haiwan.

"Pemantauan telah dilakukan oleh jabatan pertanian dan mendapati rumpai ini tidak merebak ke seluruh negeri," katanya semasa menjawab soalan Datuk Ahmad Bujang (Sindumin -BN).

Yahya turut menambah bahawa kementeriannya menerusi Jabatan Pertanian akan menangani masalah tumbuhan itu secara profesional dan pantas melalui pelaksanaan strategi pengawlaan jangka pendek dan panjang.

"Satu pasukan iaitu Jawatankuasa Pengawasan dan Pengawalan Perosak telah ditubuhkan di sampaing mengaktifkan bilik gerakan di peringkat ibu pejabat Jabatan

Baca Selanjutnya: Rumpai Miang Mexico Ancaman Baharu Di Sabah

Kota Kinabalu: Cadangan untuk memberi keutamaan kepada mangsa gempa bumi rumah di bawah Skim Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dipertimbangkan oleh kerajaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Haji Noor berkata, pertimbangan ini akan diberi keutamaan kepada mangsa gempa bumi.

"Kita akan pertimbangkan dan beri keutamaan kepada mangsa gempa bumi," katanya semasa menjawab soalan tamabahan dari  Jeremmy Malajad (Kadamaian- Bebas) pada sidang DUN semalam.

Jeremmy mengutarakan

Baca Selanjutnya: Mangsa Gempa Bumi Bakal Perolehi Rumah PPR

KOTA KINABALU: Pemain bola sepak negara Rozaimi Abdul Rahman, 23, kini stabil dan tiada kecederaan serius selepas terlibat dengan kemalangan di Kilometer 3.5 Jalan Tuaran, kira-kira jam 1 petang semalam.

Abdul Rahman Latip, 54, ayah Rozaimi turut memaklumkan anaknya kini telah dipindahkan ke Hospital Pakar KPJ, Kota Kinabalu.

"Dia cuma menerima jahitan di bahagian kepala dan terseliuh di bahu."katanya.

Kemalangan ini telah mengorbankan anak saudara Rozaimi merupakan bekas pemain remaja Sabah

Baca Selanjutnya: Pemain Skuad Badak Rozaimi, Stabil Selepas Kemalangan

KOTA BELUD: Penduduk daerah ini sekali lagi berhadapan krisis air apabila sungai yang menjadi sumber air bersih dilanda banjir lumpur sabtu lepas.

Kejadian banjir lumpur ekoran hujan lebat telah mengakibatkan air sungai yang sebelum ini menjadi punca bekalan air bersih bagi beberapa kampung disekitarnya  kini menghadapi krisis air bersih menjadi semakin teruk.

Timbalan Presiden Majlis Sabah (MBS) Azwan Norjan berkata, misi belia prihatin telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada penduduk

Baca Selanjutnya: Kota Belud Hadapi Krisis Air Sekali Lagi

KOTA KINABALU: Dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam pada masa hadapan, satu pelan komprehensif akan dirangka oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Datuk Teo Chee Kang, Menteri Tugas-Tugas Khas, berkata pelan tindakan ini akan merangkumi tujuh perkara iaitu mempertingkatkan kesedaran rakyat terhadap bencana gempa bumi, pemantauan berterusan oleh agensi berkaitan, mempertingkatkan peranan pemimpin akar umbi apabila berlakunya gempa bumi dan mengambik kira faktor gempa bumi dalam

Baca Selanjutnya: 7 Perkara Utama Dalam Pelan Tindakan Gempa Bumi

KOTA KINABALU: Gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun lepas telah mengakibatkan kerosakan infrastruktur dan aset awam  bernilai hampir RM94.8 juta, kata Menteri Tugas-Tigas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang.

Beliau berkata jumlah nilai kerosakan ini ditaksirkan bersandar kepada laporan yang diterima daripada Jabatan Kerja Raya Sabah yang  meliputi kerosakan 61 bangunan termasuk masjid, sekolah, hospitak dan ibu pejabat polis daerah Ranau.

"Kerosakan ini turut melibatkan 22 batang jalan raya (tiga

Baca Selanjutnya: RM94.8 Juta Nilai Kerosakan Akibat Gempa Bumi

KOTA KINABALU: Kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda Negara sejak akhir-akhir ini turut menyebabkan penduduk dari Kampung Mesilao, Kundasang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di balai raya KO Sinar (Desa Cattle) dalam kejadian terbaharu banjir lumpur, pada awal pagi Ahad.

Ketua Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K Ramin berkata ke semua mangsa dipindahkan setelah rumah mereka dilanda banjir lumpur dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi Ahad.

Baca Selanjutnya: Banjir Lumpur Kembali Melanda Kundasang

Lebih banyak artikel..