27
Sel, Okt

KOTA KINABALU: Semua pihak perlu terus berganding bahu selain bekerjasama untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara serta mempertahankannya daripada sebarang ancaman.

Demikian ditegaskan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang turut mengingatkan bahawa memelihara keamanan dan kedaulatan negara adalah tanggungjawab bersama yang meliputi pasukan keselamatan, penguat kuasa undang-undang, pemimpin dan rakyat.

“Kita sedar, tanpa pengorbanan dan kesetiaan pasukan keselamatan, sudah tentu negara tidak dapat menikmati keamanan dan kesejahteraan.

“Oleh itu, kita perlu bersama menjaga dan mempertahankannya. Ini tugas bersama, tak kira pasukan keselamatan atau pemimpin atau rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Tanggungjawab bersama dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara - Hajiji Mohd Noor

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis penyerahan kuih-muih hari raya Aidilfitri kepada anggota pasukan keselamatan di Menara Tun Mustapha dekat sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman; Timbalan Pesuruhjaya Polis

Baca Selanjutnya: Semua Pihak Bertanggungjawab Jaga Kedaulatan Negara - Musa

KOTA KINABALU - Syarikat dan peniaga dengan perolehan RM5 juta ke atas yang diwajibkan mendaftar di bawah sistem percukaian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih dalam proses mengemukakan penyata GST masing-masing kepada pihak kastam.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, mereka diperlukan mengemukakan penyata mulai Mei dan setakat ini lebih 80 peratus telah berbuat demikian.

KASTAM mula mengutip penyata GST di kalangan peniaga - Datuk Khazali
Baca Selanjutnya: KASTAM Tuntut Penyata GST Peniaga

PITAS: Ketua Pegawai Eksekutif Esscom (CEO) Ruji Ubi berkata Esscom meminta Penduduk di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) diminta supaya terus menyokong usaha pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam merealisasikan wawasan kerajaan yang mahu melihat komuniti dalam Esszone hidup dalam keadaan tenang, aman dan damai

Beliau berkata pihaknya akan terus berusaha menangani semua jenis jenayah rentas sempadan di Esszone dengan meningkatkan rondaan di perairan dan daratan

Baca Selanjutnya: Komuniti ESSZONE Diminta Terus Sokong ESSCOM Tangani Jenayah Di Sempadan

RANAU: Seramai lebih kurang 500 orang pesakit dalam wad serta kakitangan Hospital Pejabat Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak serta Klinik Pergigian daerah Ranau memerlukan bantuan penyaluran air bersih untuk kegunaan harian mereka sejak semalam.

Pegawai Tadbir Hospital, Rodzlan Mahiri ketika dihubungi KLxpress pagi tadi menyatakan keperluan mereka kini lebih mendesak kepada minuman air bersih atau ‘mineral water’.

“Sebaran mesej ringkas bertajuk Derma Mineral Water” yang telah

Baca Selanjutnya: HOSPITAL DAERAH RANAU PERLUKAN BANTUAN AIR BERSIH

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir Sabtu ini, dilanjut mulai 5 Julai sehingga 20 Julai dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa keadaan keselamatan di kawasan berkenaan.

"Dengan adanya perintah berkurung ini, ia akan mampu mengekang dan mengurangkan pencerobohan di sempadan perairan sabah," katanya.

Perintah

Baca Selanjutnya: Fasa Ke-23 : Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjutkan

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pihaknya bersedia membantu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) meningkatkan integriti dan membanteras rasuah dalam kalangan kakitangan awam, khususnya di bahagian penguatkuasaan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Beliau turut memandang serius masalah melibatkan integriti, dan bertekad membersihkan jentera awam bahagian penguatkuasaan ESSZone

Baca Selanjutnya: SPRM Sedia Bantu ESSCOM Tingkat Integriti, Sifar Rasuah

KOTA KINABALU: Kejayaan seorang pelajar mencipta satu aplikasi berasaskan perkhidmatan mesej internet yang menyediakan kemudahan untuk menterjemah bahasa, telah menarik perhatian syarikat besar dalam talian iaitu Google.

Yusrim Karim, 15, menghantar aplikasi yang diberi nama 'Coker Chat' kepada Google Idea pada akhir tahun lalu selepas lima bulan bertungkus-lumus menghasilkan aplikasi tersebut.

Dia menjelaskan, seorang pegawai rasmi Google Idea telah menghubunginya menerusi e-mel beberapa

Baca Selanjutnya: Google Beli Aplikasi Ciptaan Pelajar Tingkatan Tiga Dari Sabah

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.