Tagal atau Bombon SATU RITUAL yang cukup popular di kalangan masyarakat kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia adalah satu ritual suatu upacara ritual yang biasa dilakukan oleh mereka yang mempercayai bahawa hidupan air hendaklah dipelihara dan dijaga selain untuk menjadi sumber makanan. Amalan ritual ini sebenarnya mengajar masyarakat lebih bertanggungjawab serta mematuhi setiap pantang larang yang telah lama diamalkan semas zaman nenek moyang.
“Tagal Sungai Moroli” yang terletak 10 km dari Pekan Ranau dan 131 km dari Kota Kinabalu, Sabah kini terkenal sebagai salah satu destinasi tarikan pelancong dengan menawarkan perkhidmatan ‘Fish Massage’. Krew KLXpress berkesempatan menyingkap keistimewaan adat Tagal sungai yang diamalkan oleh masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.
[caption id="attachment_22011" align="aligncenter" width="242"]
En Jeffrin Majangki, Pengerusi Tagal Sungai Moroli di Kg. Luanti Baru berkata suatu ketika dahulu, kawasan ini dipanggil Bombon yang membawa maksud “simpan”. Namun kini lebih dikenali sebagai “Tagal” yang bermaksud